Pengantin Berkongsi Rezeki, Edar Sarapan Free
KOTA BHARU: Pengguna Jalan Kok Lanas – Machang di sini dapat menikmati sarapan percuma yang diagihkan ‘pengantin lelaki’ kepada 100 orang terawal, sejak Ahad lalu.
Pengantin itu sebenarnya ialah pemilik Butik D Rias Bridal Collection, Nor Hamidi Mohd Nadzir, 27, dan niatnya memberikan makanan percuma hanya untuk berkongsi rezeki.
Katanya, sebelum ini dia bersedekah di masjid dan menjamu jiran tetangga makan sekiranya memperoleh keuntungan lebih hasil perniagaan butik pengantin yang diusahakan.
“Hari pertama agihkan makanan ini, agak susah juga kerana saya berbaju Melayu ala pengantin dan lengkap bertanjak serta keris menyebabkan orang pelik dan takut berhenti.
“Namun selepas diterangkan niat saya, mereka faham dan beri sokongan,” katanya dipetik daripada Harian Metro.
Agihan sarapan percuma itu akan berlangsung seminggu hingga Khamis ini.
Hamidi mengenakan baju pengantin pelbagai warna dengan merah jambu pada hari pertama, diikuti hijau zamrud dan merah pada hari ini ketika mengagihkan makanan di tepi jalan berhampiran butiknya.
Lebih istimewa, dia sempat selfie dengan orang ramai yang menerima sarapan daripadanya dan kemudian gambar itu dimuat naik ke Facebook butik pengantinnya.
Hamidi berkata dia membelanjakan RM3,500 untuk makanan percuma pelbagai menu mengikut hari iaitu mihun goreng, nasi goreng dan nasi daging kicap.
“Semuanya dimasak istimewa oleh ibu saya, Rokiah Idris. Saya sediakan 120 bungkus makanan sehari yang diagih bersama air mineral,” katanya.
Katanya, tindakannya bukan untuk menunjuk-nunjuk atau mencari populari sebaliknya berkongsi rezeki sesama manusia.
Gambarnya mengagih makanan sejak tiga hari lalu viral di laman sosial Facebook.
FMT

No comments
Post a Comment