Terkini

Kereta Terputus Dua, Semua Tercampak Keluar

JERTIH - Seorang lelaki dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah manakala empat rakannya cedera parah selepas kereta Proton Wira dinaiki mereka terbabas ketika cuba melarikan diri daripada diekori kereta peronda polis (MPV) dalam kejadian di Kampung Apal dekat Jabi, awal pagi tadi.

Kereta Terputus Dua, Semua Tercampak Keluar

Kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu bermula apabila dua anggota polis dari cawangan MPV yang melakukan rondaan ternampak sebuah kereta dinaiki lima suspek dalam keadaan mencurigakan di belakang Pasar Renek, di sini.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, anggota polis terbabit mengarahkan pemandu memberhentikan kereta namun suspek bertindak memecut laju menghala ke arah Jertih.

Menurutnya, anggota polis berkenaan terus mengekori suspek tetapi sampai di tempat kejadian, kereta dinaiki hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan sebelum melanggar sebatang pokok.

Selepas melanggar pokok tersebut kereta itu kemudiannya berpusing ke dalam semak di kanan jalan menghala ke arah Jertih.

“Kemalangan itu menyebabkan kereta Proton Wira itu terputus dua (di bahagian enjin) dan kesemua mangsa tercampak keluar.

“Penumpang belakang sebelah kiri dikenali sebagai Mamat Gedut meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah (hancur) kepala manakala pemandu berusia 21 tahun dan penumpang hadapan kritikal dan dua lagi juga parah,” katanya.

Mohd Zamri berkata, polis turut menemui beberapa peralatan di dalam kereta itu dipercayai digunakan untuk penagihan dadah.

No comments