Terkini

Misteri Kehilangan Kapal Tangki Minyak Terjawab

SEBUAH kapal tangki membawa muatan minyak, Tamaya 1 yang hilang secara misteri sejak April lalu telah ditemui hanyut di pantai Liberia.

Misteri Kehilangan Kapal Tangki Minyak Terjawab

Namun apa yang menghairankan tidak ada seorang pun kru berada di dalamnya.

Keadaan itu mengejutkan penduduk yang menemuinya kapal berkenaan lalu menghubungi polis.

Malangnya polis mengambil masa beberapa hari untuk tiba di lokasi penemuan kapal tersebut.

Kapal tangki sepanjang 64 meter itu dalam perjalanan ke Pelabuhan Sengalese dari Dakar apabila ia hilang. Kali terakhir Tamaya 1 dilihat adalah pada 21 April lalu.

Pihak berkuasa kini sedang menyiasat kemana perginya kru kapal yang berdaftar di Panama itu.

“Kemungkinan pemilik kapal itu telah muflis dan tidak mempunyai wang untuk membayar krunya. Sebab itulah mereka meninggalkan kapal terbabit,” kata sumber dalaman pihak berkuasa pelabuhan itu.

Pihak berkuasa kini cuba menghalang penduduk tempatan daripada mendekati kapal terbabit ketika siasatan dijalankan. – MYNEWSHUB.CC

No comments