Terkini

Pastikan Peti Ais Ini Sentiasa Penuh - Free Food Community Program

BERMULA dengan kisah ramai mahasiswa mengikat perut, sekumpulan sukarelawan terpanggil mengasaskan projek Peti Ais Wakaf di dua buah masjid melalui Ummiku Sayang Charity Team (UKS), awal tahun ini.

Pastikan Peti Ais Ini Sentiasa Penuh - Free Food Community Program

Menurut salah seorang sukarelawannya, Sali Suhaimi berkat usaha dan bantuan beberapa pihak, UKS berjaya mengumpulkan dana untuk membeli dua buah peti ais.

“Kebanyakan kami tinggal di Shah Alam, jadi, projek ini bermula di Masjid Negeri Shah Alam (Masjid Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah) dan kami kembangkan pula ke Masjid Al-Muqarrabin Bandar Tasik Selatan,” katanya kepada Sinar Online.

Menurutnya, setiap hari UKS memperuntukkan RM200 untuk setiap peti ais dan makanan yang disediakan pula mudah untuk dimakan seperti nasi goreng, nasi lemak, roti dan sebagainya.

“Projek ini sebenarnya serampang dua mata kerana selain memberi kepada yang memerlukan, kami juga memberi pendapatan kepada ibu-ibu tunggal serta pembuat roti yang bekerja dari rumah.

“Lima hari kami menggunakan khidmat ibu-ibu tunggal dan pembuat roti manakala lagi dua hari kami mengambil roti dari Gardenia dengan harga diskaun yang dihantar terus ke dua peti ais ini,” katanya.

Selain mengumpul dana dari kalangan ahli UKS, mereka juga mengumpul dana dari orang awam melalui akaun bank.

Pastikan Peti Ais Ini Sentiasa Penuh - Free Food Community Program
Antara Makanan Yang Diletakkan Dalam Peti Ais Tersebut
Malah orang ramai juga boleh membantu dengan meletakkan makanan terus di dalam peti ais di kedua-dua lokasi itu.

Baru-baru ini, tinjauan Sinar Online di Masjid Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam mendapati setakat jam 10 pagi, peti ais sudah kelihatan hampir kosong.

Menurut petugas keselamatan di masjid tersebut, Khairul, 50, dalam sehari biasanya peti ais ini diisi sebanyak dua kali iaitu pada jam 10 pagi dan selepas waktu Maghrib.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghulurkan sumbangan kepada projek Peti Ais Wakaf melalui akaun Maybank 562674203011 atas nama Bendahari UKS, Rosniah Mohamed Roslan atau menyumbang makanan terus peti ais tersebut.

Keutamaan Meringankan Beban Seorang Muslim-Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang membantu seorang Muslim (dalam) suatu kesusahan di dunia, maka Allah akan menolongnya dalam kesusahan pada hari Kiamat. Dan barangsiapa yang meringankan (beban) seorang muslim yang sedang kesulitan, maka ALLAH akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat." [Shahih, HR. Muslim no. 2699].

SinarOnline

No comments