Pemuda Hanya Tamat Darjah 6 Jadi Jutawan Lembu
Siapa sangka lelaki berusia 33 tahun ini yang memperoleh pendapatan lebih RM1 juta hasil jualan lembu tahun lalu hanya bersekolah sehingga darjah enam.
Itulah yang dibuktikan Saipol Azmir Zainuddin hasil kerja keras dan ketekunannya memulakan ternakannya dengan hanya seekor lembu.
“Walaupun berhenti sekolah lebih awal daripada rakan lain, ia tidak mematahkan semangat saya untuk berjaya kerana itu impian sejak kecil,” katanya.
“Saya tak sekolah pun bukan saja-saja tapi kerana mahu bekerja sebagai buruh binaan membuat rumah,” katanya.
Katanya, dengan gaji pertama sebanyak RM750 sebulan, dia membeli seekor anak lembu berharga RM450 untuk diternak dan dibiakkan.
“Sejak itu, setiap kali dapat gaji bulanan saya akan beli seekor anak lembu. Hasilnya, pada usia 18 tahun saya berjaya memiliki 300 ekor lembu.
“Sepanjang tempoh itu, saya dengan bantuan ayah (Zainuddin Mat Yatim, 69,) menternak dan menjual lembu kepada penduduk kampung.
“Duit yang saya dapat hasil jualan lembu saya simpan kerana impian saya untuk memiliki ladang ternakan sendiri,” katanya ketika ditemui di ladangnya di Kampung Endah, Banting, Selangor, baru-baru ini.
Penerima Anugerah Peladang Jaya Peringkat Kebangsaan sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2015 itu yang sudah berumah tangga dan memiliki lima cahaya mata boleh berbangga dengan kejayaannya apabila kini mempunyai 700 ekor lembu, 150 ekor kambing dan 30 ekor kerbau.
Anak keenam daripada tujuh beradik itu dianggap sebagai jutawan lembu kerana berjaya memperoleh pendapatan lebih RM1 juta hasil jualan tahun lalu terutama menjelang Aidiladha.
Saipol Azmir berkata, ketika berusia 19 tahun, dia mula menjual lembu secara serius dan sudah memiliki kenderaan dan rumah sendiri sebelum mendirikan rumah tangga, setahun kemudian.
“Saya kemudian buat pinjaman dengan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sebanyak RM100,000 melalui Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat bagi mengembangkan perniagaan.
“LPP dan PPK Kuala Langat juga banyak membantu saya dari segi pasaran dan promosi ke seluruh negara. Selain itu, jualan juga dilakukan melalui media sosial seperti WhatsApps dan Facebook,” katanya.
Menurutnya, selepas beberapa tahun mengumpul wang hasil jualan lembu, dia membeli tanah seluas lebih 0.8 hektar untuk menempatkan ternakannya.
“Kebanyakan lembu di sini baka tempatan, bukan diimport dari mana-mana negara. Sambutan sangat menggalakkan terutama apabila tiba musim korban.
“Saya akan pastikan ternakan sihat dan tidak berpenyakit sebelum dijual kerana tidak mahu pelanggan menghadapi masalah. Lembu di sini juga ditandakan supaya pembeli tidak rasa tertipu ketika ia dihantar ke destinasi mereka kelak.
“Biasanya lembu yang mengalami masalah kesihatan akan saya kuarantin bagi mengelak ia berjangkit kepada ternakan lain,” katanya.
Dia yang juga Ahli Jemaah Pengarah Peladang Muda PPK Kuala Langat dan mempunyai enam pekerja berjaya membina sebuah kandang fidlot yang boleh memuatkan sehingga 500 lembu.
“Kos infrastruktur kompleks kandang dan ladang rumput napier saya berjumlah RM500,000 dan sudah beroperasi sepenuhnya.
“Ini memberi petanda positif kepada saya untuk terus bergerak maju pada masa depan.
“Saya juga menawarkan kursus ternakan kepada mereka yang berminat. Golongan muda boleh mengambil kesempatan ini untuk memulakan projek ternakan masing-masing,” katanya.
Hmetro

No comments
Post a Comment