Terkini

Ancaman Bom, Pesawat Terpaksa Berpatah Balik Ke Lapangan Terbang

SUBANG - Sebuah pesawat komersial yang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah ke Singapura terpaksa berpatah balik selepas menerima panggilan ancaman bom dalam pesawat tersebut.

Ancaman Bom, Pesawat Terpaksa Berpatah Balik Ke Lapangan Terbang

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, pesawat itu membawa 30 penumpang dan empat anak kapal.

"Pesawat itu berlepas dari LTSAAS pada jam 7.39 malam, bagaimanapun kira-kira jam 8 malam, menara kawalan LTSAAS menerima panggilan daripada seorang lelaki tidak dikenali mendakwa terdapat bom dalam pesawat berkenaan.

"Susulan itu, menara kawalan mengarahkan pesawat terbabit berpatah balik dan mendarat semula di lapangan terbang berkenaan," katanya sebagaimana lapor BH Online.

Menurut Zani lagi, setelah pemeriksaan dilakukan unit pemusnah bom PDRM, tiada sebarang objek mencurigakan ditemui dalam pesawat terbabit.

Kesemua penumpang sudah berlepas ke Singapura dengan menaiki pesawat lain selepas tiga jam terkandas.

"Polis menyifatkan panggilan ancaman bom itu sebagai palsu dan cubaan menggugat ketenteraman awam. Kita akan kesan siapa yang membuat panggilan berkenaan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

No comments