Terkini

Kerajaan TERDESAK Bayar Gaji Guru Dengan Anak Ayam

TASHKENT – Sebuah bandar di Uzbekistan terpaksa membayar gaji guru sekolah dengan ayam berbanding wang tunai, menurut laporan media tempatan.

Kerajaan TERDESAK Bayar Gaji Guru Dengan Anak Ayam

Pihak berkuasa Nukus di wilayah autonomi Republik Karakalpakstan mengedarkan anak ayam baharu menetas kerana kekurangan tunai dalam bank di negara itu, lapor Radio Ozodlik yang disokong Amerika Syarikat.

Seorang guru menyifatkan keputusan itu sebagai memalukan dan memaklumkan stesen radio terbabit bahawa: “Tahun lalu mereka membayar kami dengan kentang, lobak dan labu.

“Tahun ini mereka memaksa kami menerima anak ayam baru menetas berbanding gaji.

“Jika kami memerlukan ayam kami boleh membelinya di pasar dengan harga lebih murah.”

Seorang sumber lain berkata, anak ayam dianggarkan bernilai AS$2.50 (RM10.02) seekor untuk bayaran gaji, nilai itu adalah dua kali ganda daripada harga pasaran.


Kerajaan Uzbekistan mengawal media tempatan dengan ketat dan penduduk yang bercakap kepada media asing kebiasaannya tidak mendedahkan identiti mereka.

Uzbekistan berdepan masalah tunai terhad selama bertahun-tahun, mencetuskan penangguhan gaji dan bayaran wang pencen.

Awal bulan ini, kakitangan negeri di ibu negara, Tashkent merungut bahawa mereka tidak dibayar gaji selama dua bulan kerana bank tidak mempunyai duit. – Agensi

No comments