Terkini

Pelajar Tunjuk Lesen "Suka-suka" Bila Ditahan Polis

Padah seorang pelajar sekolah yang tidak menunggang tanpa lesen memandu. Tidak mampu berbuat apa-apa, remaja 17 tahun itu hanya menunjukkan lesen yang dilukisnya dengan tangan.

Pelajar Tunjuk Lesen "Suka-suka" Bila Ditahan Polis
Lesen yang dilukis tangan

93,600 pelajar tiada lesen, polis tahan remaja ‘lukis lesen’ motor

Lesen suka-suka yang dilukis dengan pensel untuk bergurau dengan rakannya dikesan polis apabla ditahan dalam satu sekatan jalan raya di SS15 di sini pagi semalam, lapor portal Kosmo! hari ini.

Pelajar yang menggunakan motosikal Yahama 125z itu bukan sahaja tidak memiliki lesen sah, malah turut tidak memakai nombor pendaftaran yang mengikut spesifikasi ditetapkan.

Ketua polis Subang Jaya ACP Mohamad Azlin Sadari berkata remaja itu, menunggang motosikal milik ahli keluarganya, mengaku melukis lesen sebagai bahan jenaka bersama rakan-rakannya.

“Pemeriksaan lanjut mendapati lesen memandu yang dilukisnya tertera nama, tempat tinggal selain tertera jenis kelas memandu,” katanya kepada akhbar itu.

“Pihak polis telah mengeluarkan dua saman terhadap remaja itu berikutan tidak memiliki lesen memandu serta nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.”

Sementara itu, di Johor Baru, kira-kira 80 peratus atau 93,600 orang daripada kira-kira 117,000 pelajar yang membawa motosikal ke sekolah didapati tidak memiliki lesen, lapor portal Sinar Harian.

Timbalan ketua pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkata daripada jumlah tersebut, hanya 20 peratus atau 23,400 pelajar memiliki lesen motosikal B2 yang sah.

Datuk Yusoff Ayob Beliau berkata angka tersebut didapati hasil kajian JPJ dan Kementerian Pendidikan.

“Hasil kajian mendapati pelajar ini tidak memiliki lesen atas beberapa faktor antaranya ibu bapa tidak dapat menghantar anak-anak ke sekolah selain tiada perkhidmatan bas sekolah di kawasan mereka.

“Justeru, golongan pelajar ini terdedah kepada bahaya termasuk kemalangan jalan raya berikutan kekurangan pengetahuan tentang undang-undang jalan raya,” beliau dipetik berkata.


Mailonline

No comments