Terkini

Wanita Dibelasah Banduan Dalam Penjara Gara-gara Bunuh Anak Sendiri

DERBYSHIRE - BRITAIN. Seorang wanita yang dihukum penjara kerana memijak anaknya sehingga mati ditetak oleh banduan lain di penjara wanita di Foston Hall.

Wanita Dibelasah Banduan Dalam Penjara Gara-gara Bunuh Anak Sendiri

Menurut laporan Dailymail, Kathryn Smith, 23, juga ditikam di bahagian muka ketika diserang lebih 10 banduan wanita lain.

Serangan dipercayai bermotifkan membalas dendam untuk anak mangsa, Ayeeshia Jane Smith, 2, yang maut selepas dipijak berulang kali di bahagian dada pada 2014.

Saksi kejadian mengatakan 'ramai banduan' mahu membelasah Kathryn kerana membunuh Ayeeshia.

Pegawai perubatan menyifatkan Kathryn yang juga digelar 'ibu syaitan' seperti 'mangsa kemalangan' selepas serangan.

Kathryn kini sedang menjalani hukuman penjara 24 tahun selepas didapati bersalah oleh makhkamah, April lepas.

SinarHarian

No comments