Terkini

Wanita Maut Gara-gara Tersilap "Parking" Kereta Tercampak Ke Sungai

Ampang: Wanita Tanzania terbunuh selepas kenderaan yang dinaikinya terjunam ke sungai di depan Waterfront Bukit Belacan, dekat sini, pada 1.30 pagi, hari ini.

Wanita Maut Gara-gara Tersilap "Parking" Kereta Tercampak Ke Sungai
Wanita Maut Gara-gara Tersilap "Parking" Kereta Tercampak Ke Sungai

Mangsa yang menaiki kereta dipandu lelaki berusia 35 tahun sedang memasuki ke ruang letak kereta sebelum tiba-tiba tertekan pedal minyak menyebabkan kenderaannya merempuh penghadang besi.

Kenderaan itu kemudian terjunam ke dalam sungai.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias, berkata Apolonia Mbogo David Mwangosi, 46, maut di tempat kejadian manakala pemandu patah kaki.

Katanya, polis masih menunggu laporan bedah siasat hospital dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

HMetro

No comments