Terkini

Selain Elly Mazlein, Siapa Lagi Artis Yang Bercerai Ketika Hamil..

Pandai betul pelakon dan penyanyi Elly Mazlein menyimpan rahsia hingga tiada siapa pun tahu bahawa dia telah berpisah dengan suaminya tahun lalu.

Selain Elly Mazlein, Siapa Lagi Artis Yang Bercerai Ketika Hamil..
Elly Mazlein

Tambah sayu lagi apabila dia bercerai ketika sedang hamil. Jangkaannya mungkin ketika itu dalam tempoh 4 hingga 5 bulan kehamilan.

Dan dua hari lalu, Elly telah selamat bersalin anak pertama, seorang bayi perempuan.

Berita artis bercerai ketika hamil sebelum ini pernah juga terjadi kepada pelakon cantik Nora Danish. Ketika itu Nora sedang hamil tiga bulan anak kedua. Kejadian berlaku pada tahun 2008.

Selain Elly Mazlein, Siapa Lagi Artis Yang Bercerai Ketika Hamil..

Nasib yang sama turut dialami oleh pelakon Anne Ngasri atau nama sebenarnya Naszriah Ngasri, yang diceraikan dengan talak tiga. Kejadian berlaku pada tahun 2010.

Ketika itu Anne sedang hamil lima bulan anak ketiga.

Selain Elly Mazlein, Siapa Lagi Artis Yang Bercerai Ketika Hamil..


Sumber - MediaHiburan

No comments