Terkini

Misteri!! Darah Sentiasa Mengalir Keluar Dari Tubuh Gadis Ini

LONDON - Seorang remaja perempuan di Britain dilapor mengalami penyakit misteri yang membuatkan mata, telinga, bawah lidah, dan kulit kepalanya menitiskan darah secara spontan pada bila-bila masa, membuatkan gadis itu hanya berkurung di dalam rumah.

Misteri!! Darah Sentiasa Mengalir Keluar Dari Tubuh Gadis Ini
Harvey digelar  "gadis misteri" berikutan darah dalam badan yang boleh mengalir keluar bila-bila masa

Portal Mirror.co.uk melaporkan, masalah misteri yang tidak ubah seperti babak dalam filem seram itu mula membelenggu Marnie-Rae Harvey, 17, sejak Julai tahun lalu sehingga doktor yang merawatnya bingung dan gagal mengenalpasti penyakit yang dialami gadis ber­kenaan.

Disebabkan masalah itu, Harvey kini digelar ‘gadis misteri’ kerana terpaksa tinggal di dalam rumah berikutan darah dari dalam badannya boleh mengalir keluar pada bila-­bila masa, sekali gus menyebabkan dia boleh kehilangan banyak kawan.

Ibu gadis itu, Cath berkata, mereka baru sahaja mengalami tempoh 12 hari yang menyaksikan darah mengalir keluar daripada lidah dan kulit kepala Harvey selain mengalami sakit empat atau lima kali sehari sambil memuntahkan darah.

“Pada setiap pagi, saya perlu mengejutkannya daripada tidur bagi memastikan dia masih hidup dan keadaan itu amat menyedihkan,” katanya.

Cath yang bekerja sebagai pembantu kedai di bandar Stoke-on-Trent berkata, anaknya sebelum ini hanya mengalami batuk berdarah dan migrain teruk sejak beberapa tahun lalu sehinggalah keadaan bertambah buruk, memaksa Harvey kerap tidak hadir ke sekolah.

“Pada awalnya, darah itu keluar dari mata sebelum telinga, kuku, dan terbaharu daripada kulit kepalanya,’’ kata Catch.

Ibu itu berkata, dia amat kecewa dengan doktor yang me­rawat anaknya kerana sehingga kini mereka masih gagal mengesan punca penyakitnya dan yang terbaharu, pakar perubatan mengesahkan Harvey tidak dijangkiti kanser otak.

“Ujian darahnya mengesahkan Harvey sihat dan paras zat besi adalah normal. Malah, dia tidak mempunyai barah dan gangguan darah,” jelas Cath.

UtusanOnline

No comments