Terkini

5 Foto Pasukan Polis Wanita Seksi Mexico Yang Dibubarkan

Mexico City: Satu unit polis yang anggotanya hanya wanita dengan beruniform ketat dan kasut bertumit tinggi dibubarkan kerana dianggap merosakkan imej pasukan polis.

5 Foto Pasukan Polis Wanita Seksi Mexico Yang Dibubarkan
Pasukan Polis Wanita Seksi Mexico Yang Dibubarkan

Tindakan itu diumumkan Pengarah Polis Mexico yang berkata, anggota unit berkenaan kelihatan lebih seperti penari bogel daripada anggota polis.

Unit itu yang terdiri daripada 20 anggota, dipilih kerana bentuk badan mereka yang seksi, berpejabat di Aguascalientes, bandar di tengah Mexico.

Mereka menjadi terkenal pada 2013 selepas bergambar bersama Presiden Enrique Pena Nieto.

5 Foto Pasukan Polis Wanita Seksi Mexico Yang Dibubarkan

Nieto melawat unit pasukan itu selepas ia ditubuhkan seorang pesara tentera, Rolando Eugenio Hidalgo Eddy, yang berpendapat, unit itu baik untuk meningkatkan imej pasukan polis.

Seorang bekas anggota unit berkenaan yang kini diserapkan ke unit lain, Alma Rosa, menyambut baik langkah pembubaran itu.

5 Foto Pasukan Polis Wanita Seksi Mexico Yang Dibubarkan


“Sebelum ini, orang ramai yang menemui kami untuk membuat laporan terpinga-pinga kerana kami kelihatan bukan seperti anggota polis.

5 Foto Pasukan Polis Wanita Seksi Mexico Yang Dibubarkan

“Saya kini lebih selesa dengan penampilan saya selaku anggota polis sebenar. Dulu saya bangga. Tetapi kini saya lebih bangga,” katanya.

5 Foto Pasukan Polis Wanita Seksi Mexico Yang Dibubarkan





- Agensi

No comments