Terkini

Elly Tidak Berkecil Hati Dengan Gurauan Nabil, Nak Bergelek Pula Di Konsert Ke 3

Bintang Gegar Vaganza 3 (GV 3), Elly Mazlein akui tidak terasa atau ambil hati dengan gurauan pengacara Nabil Ahmad.

Elly Tidak Berkecil Hati Dengan Gurauan Nabil, Nak Bergelek Pula Di Konsert Ke 3

Walaupun ramai yang menganggap gurauan Nabil kasar, namun menurut Elly dia hanya menganggap itu sebagai gurauan.

"Saya faham Nabil hanya bergurau sahaja dan saya tidak mengambil hati dengannya.

"Alhamdulilah ramai yang perihatin, maknanya saya disayangi sekarang dan ramai mahu menjaga hati saya," jawabnya ringkas ketika dihubungi Astro Gempak.

Penyanyi dan pelakon berkenaan diminta untuk mengulas mengenai gurauan pengacara GV3 itu apabila mengeluarkan kenyataan "macam ni punya cantik pun berpisah jua," kepadanya pada malam konsert minggu kedua baru-baru ini.

Bagaimanapun gurauan itu mengundang pelbagai persepsi berbeza di kalangan netizen termasuk lawak Nabil tidak sensitif dengan keadaan Elly yang dikatakan sedang mendapatkan semangat baru selepas bercerai.

Selain itu, Nabil turut dicemuh kerana tidak pandai menghormati perasaan orang lain.

Sementara itu, Elly turut mengajak peminat untuk sama-sama nantikan persembahannya dalam konsert ketiga akan datang dengan lagu berjudul Perawan atau Janda.

"Mari kita bergembira serta bergelek bersama dengan saya pada minggu hadapan dengan lagu Perawan atau Janda," katanya.


AstroGempak


No comments