Terkini

Gara-gara Rosak Ibu Muda Hampir Bersalin Dalam Lif

Kuching - Seorang ibu muda berumur 18 tahun telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki selepas dia dan bersama dua jururawat telah terperangkap di dalam lif pagi semalam.

Gara-gara Rosak Ibu Muda Hampir Bersalin Dalam Lif


Kejadian yang berlaku kira-kira jam 4.27 pagi itu, Zuriada Nasikin dari Kampung Sejaiee Masjid, Sadong Jaya bersama dua orang jururawat sedang menuju ke wad persalinan hospital berkenaan.

Ketika di dalam lif, tiba-tiba lif berkenaan terhenti dan tidak berfungsi menyebabkan mangsa bersama dua jururawat terperangkap di dalam lif terbabit.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Farhan Sufyan Borhan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pengurusan hospital itu.

"Anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian dan berjaya membuka pintu lif, namun wanita terbabit sudah melahirkan bayi lelakinya seberat 1.13 kilogram ketika itu.

"Ketiga-tiga mangsa bersama bayi terbabit berjaya dikeluarkan dari lif berkenaan pada jam 4.46 pagi," katanya.



Harian Metro

No comments