Terkini

Pelajar Tergamak Mengaku BUKAN Islam Elak DiCekup

JOHOR BAHRU - Tujuh pasangan ditahan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam Ops Banteras Diwali di lima hotel bajet sekitar Kulai di sini, awal pagi semalam.

Pelajar Tergamak Mengaku BUKAN Islam Elak DiCekup

Serbuan disertai 20 anggota dan pegawai yang bermula jam 12 tengah malam dan berakhir jam 3 pagi itu turut disertai wakil daripada Majlis Perbandaran Kulai (MPKu).

Pelbagai alasan diberikan oleh semua pasangan terbabit bagi mengelak dicekup mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Johor) 1997 kerana berkhalwat.

Malah seorang pelajar sebuah kolej berusia 23 tahun tergamak mengaku bukan beragama Islam selepas diberitahu melakukan kesalahan khalwat.

Bagaimanapun, pihak JAINJ akan melakukan siasatan berhubung dakwaan remaja perempuan itu.

Dia ditahan bersama pasangannya berusia 24 tahun yang bekerja di Singapura.

Dalam operasi sama, anggota penguat kuasa JAINJ turut menahan sepasang kekasih berstatus duda dan janda kerana didapati berdua-duaan di dalam bilik hotel.

Lelaki berusia 45 tahun berasal dari Negeri Sembilan mengakui datang ke Johor, kerana terlibat dengan satu kursus.

Malah dia juga memberitahu, dalam perancangan mengahwini wanita berusia 48 tahun yang ditahan bersamanya itu, pada Disember ini.

Sementara itu, sepasang lelaki dan wanita masing-masing berusia 23 tahun ‘terdiam kaku’ apabila diberitahu oleh anggota operasi mereka ditahan kerana berkhalwat.

Ketika ditanya mengenai status mereka, pasangan itu mengakui baru bertunang kira-kira tiga bulan lalu.

Kedua-dua ditemui berpakaian lengkap dan memberi kerjasama kepada anggota penguat kuasa dengan membuka pintu hotel yang diinap.

Semua pasangan yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai untuk proses dokumentasi sebelum ke pejabat JAINJ bagi tindakan lanjut.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAINJ, Ahmad Hanif Naim mengesahkan penahanan tujuh pasangan sepanjang operasi berkenaan.


SinarOnline



No comments