Pasangan Tak Sedar Anak Lahir Tanpa Mata
CHINA - Pasangan suami isteri pada mulanya tidak menyangka bayi lelaki mereka yang tidak membuka mata walaupun selepas seminggu dilahirkan sebenarnya tidak mempunyai mata.
Ibu muda, Liu Peihua dari Guangzhou City, wilayah Zengcheng, Selatan Guangdong berkata, dia terkejut kerana tidak mengalami sebarang isu kesihatan semasa proses kehamilan.
Kecacatan yang dialami bayi yang dinamakan sebagai Xiao Ming tidak disedari oleh doktor dan hanya akan diketahui selepas dilahirkan.
Peihua berkata, bayinya menangis kuat dan menggerakkan anggota badannya ketika dilahirkan namun doktor dan keluarganya mendapati bayi itu menutup matanya.
Hasil pemeriksaan teliti yang dibuat doktor, bayi itu sebenarnya tidak mempunyai mata.
Pakar berkata, bayi berkenaan menghidap anophthalmia iaitu keadaan kesihatan di mana ketiadaan satu atau kedua-dua mata yang disebabkan oleh hilangnya tisu okular
Menurut doktor, anaphthalmia sukar dikesan melalui imbasan walaupun dilakukan secara berkala semasa proses perkembangan kanak-kanak di dalam rahim.
Sementara itu, Xiao Ming akan turut menjalani pemeriksaan lain bagi memastikan tiada kecatatan lain yang dialaminya.
SinarHarian

No comments
Post a Comment