Pelakon Filem Lucah Dedah Kegiatan Tidak Bermoral Trump
WASHINGTON - Seorang pelakon filem lucah menjadi wanita ke-10 yang mendakwa calon Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump terbabit dengan kegiatan tidak bermoral.
Calon Parti Republikan itu dikatakan pernah menawarkan AS$10,000 (RM41,800) kepadanya untuk datang ke bilik hotel secara bersendirian.
Jessica Drake merupakan salah seorang wanita yang mendakwa jutawan hartanah itu pernah meraba mereka selain mengeluarkan kenyataan tidak sopan dan mencium mereka.
Bercakap pada sidang akhbar di Los Angeles dengan diiringi seorang peguam berprofil tinggi, Gloria Allred, Drake berkata, dia bertemu dengan Trump pada Kejohanan Golf di Lake Tahoe, California pada 2006.
“Beliau mengorat saya dan kemudian mempelawa saya berjalan dengannya sepanjang padang golf itu,” katanya sambil menambah Trump kemudian meminta wanita itu ke bilik hotelnya.
Dia kemudian ke bilik taikun perniagaan itu dengan dua wanita lain dan Trump dikatakan memeluk setiap wanita itu dengan erat tanpa meminta izin.
Sebaik pulang ke biliknya, Drake berkata, Trump menghubunginya semula ke bilik dan menjemputnya ke sebuah parti.
“Apa yang kamu mahu? Berapa banyak,” soal Trump kepada Drake.
Bagaimanapun selepas dia menolak, Drake berkata, dia menerima satu panggilan lagi yang menawarkan AS$10,000.
Bagaimanapun, pasukan kempen Trump menafikan dakwaan Drake.
“Cerita ini sama sekali tidak benar dan tidak masuk akal. Trump tidak mengenali wanita ini, tidak mengingati individu ini,” katanya dalam satu kenyataan. – AFP/MstarOnline
Calon Parti Republikan itu dikatakan pernah menawarkan AS$10,000 (RM41,800) kepadanya untuk datang ke bilik hotel secara bersendirian.
Bercakap pada sidang akhbar di Los Angeles dengan diiringi seorang peguam berprofil tinggi, Gloria Allred, Drake berkata, dia bertemu dengan Trump pada Kejohanan Golf di Lake Tahoe, California pada 2006.
“Beliau mengorat saya dan kemudian mempelawa saya berjalan dengannya sepanjang padang golf itu,” katanya sambil menambah Trump kemudian meminta wanita itu ke bilik hotelnya.
Dia kemudian ke bilik taikun perniagaan itu dengan dua wanita lain dan Trump dikatakan memeluk setiap wanita itu dengan erat tanpa meminta izin.
Sebaik pulang ke biliknya, Drake berkata, Trump menghubunginya semula ke bilik dan menjemputnya ke sebuah parti.
“Apa yang kamu mahu? Berapa banyak,” soal Trump kepada Drake.
Bagaimanapun selepas dia menolak, Drake berkata, dia menerima satu panggilan lagi yang menawarkan AS$10,000.
Bagaimanapun, pasukan kempen Trump menafikan dakwaan Drake.
“Cerita ini sama sekali tidak benar dan tidak masuk akal. Trump tidak mengenali wanita ini, tidak mengingati individu ini,” katanya dalam satu kenyataan. – AFP/MstarOnline
No comments
Post a Comment