Video : Warga Emas DiDera Di Pusat Jagaan Orang Tua
VIDEO seorang warga emas didera oleh seorang lelaki yang dipercayai pemilik sebuah pusat jagaaan orang tua di Melaka, mencetuskan kemarahan ramai netizen.
Rakaman berdurasi selama 11 saat yang dimuat naik oleh Yee Fah Lee sejak semalam itu telah disaksikan melebihi 3 juta tontonan dan menerima sebanyak 4,379 perkongsian.
Menerusi rakaman tersebut, warga emas berusia 70-an itu dipukul beberapa kali di bahagian kepala oleh suspek yang merupakan seorang lelaki warga India berusia 56 tahun.
Yee turut meminta mana-mana individu yang mengenali mangsa atau anak kepada warga emas tersebut untuk tampil menyelamatkannya daripada terus diperlakukan kejam.
Berdasarkan laporan The Star, kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Pusat Jagaan All Mighty Old Folks Home, di Klebang Besar, namun tidak diketahui tarikh sebenar kejadian.
Ekoran video berkenaan, Jabatan Kebajikan Negeri mengarahkan pusat jagaan itu ditutup dalam tempoh seminggu.
Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan Melaka, Datuk Latipah Omar berkata, semua 19 orang penghuni akan dipindahkan ke rumah lain.
Kami mendapati rumah itu tidak sesuai untuk menjaga warga emas selepas bertemu dengan penghuni dan penjaga,” katanya.
Dalam pada itu, penjaga rumah tersebut yang berusia 56 tahun menafikan telah mendera warga emas selepas rakaman penderaan menjadi viral dan turut tersebar melalui aplikasi WhatsApp.
Dia mendakwa bahawa seorang bekas kakitangannya yang dipecat telah merakam video tersebut untuk memburukkan reputasi rumah jagaan itu.
Walau bagaimanapun, bekas kakitangan berkenaan pula turut menafikan bahawa dia dipecat oleh penjaga rumah tersebut.
“Saya meletak jawatan secara sukarela kerana saya tidak tahan lagi melihat orang tua dibuli,” katanya.
Latipah berkata, semua penghuni di situ akan dihantar kepada waris masing-masing dan jika waris mereka tidak boleh menjaga, pihak JKM akan menghantar penghuni ke pusat jagaan yang sesuai seperti di Rumah Seri Kenangan Cheng atau Bukit Larang.
“Kes membabitkan tindakan lelaki berkenaan kita serah kepada polis untuk siasatan lanjut,” katanya.

No comments
Post a Comment