Terkini

Lelaki Cantum Ibu Jari Kaki Pada Jari Tangan

SYDNEY – Seorang lelaki warga Australia yang kehilangan ibu jari kanan tangannya dalam satu kemalangan di tempat kerja pada Mei lalu kini menarik nafas lega apabila ‘kehilangan’ itu digantikan dengan ibu jari kakinya.

Lelaki Cantum Ibu Jari Kaki Pada Jari Tangan

Daily Mail melaporkan, lelaki dari Western Australia itu, Dean Reid yang hilang ibu jari dan jari manis, pada awalnya putus harapan apabila mendapati tangan kanannya tidak berfungsi selepas terpe­rosok dalam mesin penggelek.

Pakar bedah tidak dapat menyelamatkan ibu jari Reid yang terputus.


Reid yang bekerja sebagai ope­rator kemudian diberikan pilihan untuk mengambil ibu jari kaki ki­rinya dan dicantumkan pada ibu jari tangan yang terputus itu.

Menceritakan pengalaman ngeri itu, Reid berkata, insiden tersebut masih segar dalam inga­tannya.

“Saya boleh dengar bunyi setiap tulang jari saya hancur, walaupun tidak banyak darah yang keluar namun ketika itu saya tahu semuanya sudah ‘habis’.

“Saya tidak dapat merasakan pergerakan pada tangan kanan saya lagi, sangat menakutkan perasaan itu,” katanya.

Jelasnya, selepas beberapa pembedahan rumit untuk mengembalikan pergerakan ta­ngannya termasuk pembedahan mencantumkan jari kaki di ibu jarinya, kini dia dapat kembali seperti normal.

Terdahulu, peguamnya, Michelle James memberitahu, kemalangan membabitkan Reid merupakan contoh kepada ke­perluan keselamatan ditingkatkan dengan 125 orang dilaporkan maut di tempat kerja sepanjang tahun ini di Australia.


UtusanOnline



No comments