Serangan Badut Mengganas, Wanita Hamil Terpaksa Lahirkan Bayi Secara Pramatang
LONDON - Seorang wanita yang sedang hamil terpaksa melahirkan bayinya secara pramatang selepas menjadi mangsa terbaharu serangan badut yang mengganas di seluruh United Kingdom (UK).
Laporan Mail Online menyebut, wanita itu melahirkan bayinya sebulan lebih awal daripada jangkaan kelahiran apabila seorang remaja bertindak melompat keluar daripada persembunyian di depan ibu hamil berkenaan yang namanya tidak didedahkan.
Butiran tentang kejadian yang berlalu di Whitwick itu hanya didedahkan dalam akaun Facebook tidak dikenali.
Butiran dalam akaun itu antara lain memaklumkan mengenai kejadian seorang remaja berusia 17 tahun yang mengejutkan wanita terbabit dengan berpakaian seperti badut.
Tambah status itu, ibu dan bayinya kini dalam keadaan stabil namun wanita yang sarat hamil sepatutnya tidak menjadi mangsa usikan dan kegilaan itu perlu dihentikan.
Status dalam Facebook itu mengundang kemarahan pengguna internet dengan menggesa remaja tersebut ditahan.
“Syukur ibu dan anaknya selamat namun aksi badut ini perlu dihentikan. Di mana polis bila kejadian seperti ini berlaku?” soal seorang pengguna internet bernama Nici Muggleton.
Trend memakai pakaian badut oleh individu yang suka ‘menyakat’ atau prankster mula tercetus di Amerika Syarikat (AS) sejak beberapa minggu lalu dengan badut itu gemar mengejar orang ramai bagi menakutkan mereka, tipu helah yang berlaku pada setiap tahun sejak berdekad lamanya di AS.
Malah, trend pemakaian badut itu dilapor mula merebak ke beberapa negara termasuk UK dengan kelibat mereka banyak dikesan pada waktu malam.
Sementara itu, Polis Leicestershire dalam akaun Facebook menegaskan akan mengambil tindakan tegas terhadap badut yang menimbulkan gangguan kepada ketenteraman awam.
“Mereka yang bimbang akan badut ini tidak perlu teragak-agak menghubungi polis dan kami akan mengambil tindakan sewajarnya. Menimbulkan ketakutan dan kebimbangan secara sengaja tidak boleh diterima dalam masyarakat dan menjadi satu kesalahan jenayah,” tulis status berkenaan.

No comments
Post a Comment