Video : Polis Nyaris Maut DiSeret Pemandu Mabuk
Seorang pegawai polis China nyaris maut apabila diseret sejauh dua kilometer oleh seorang pemandu mabuk di Xuzhou, dekat sini baru-baru ini.
Menurut Daily Mail yang memetik laporan People’s Daily Online, kejadian itu berlaku ketika pemandu tersebut cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya.
Rakaman video berdurasi lebih seminit mengenai insiden mencemaskan itu menunjukkan, pegawai polis berkenaan pada mulanya dilihat menahan dan bersandar pada bonet depan kereta terbabit.
Tidak sampai beberapa saat, pemandu mabuk itu mula menekan minyak dan memecut kenderaannya hingga menyebabkan pegawai polis tersebut terpaksa berpaut pada alat pengelap cermin kereta bagi mengelakkan daripada terjatuh.
Berdasarkan rakaman video itu, dapat dilihat bahawa pemandu tersebut terus memecut kenderaannya hingga mencecah kelajuan 94 kilometer sejam tanpa menghiraukan keadaan pegawai polis berkenaan.
Meskipun kereta itu dipandu laju, pegawai polis dilihat masih bertahan.
Selepas beberapa ketika, pemandu mabuk itu memperlahankan keretanya dan berhenti selepas melalui satu selekoh.
Walaupun terpaksa melalui pengalaman memeritkan yang hampir meragut nyawanya, pegawai polis itu hanya mengalami lebam dan sengal badan.
Pemandu itu kemudian ditahan dan didakwa kerana memandu ketika mabuk bersama dua lagi suspek.
Menurut Daily Mail yang memetik laporan People’s Daily Online, kejadian itu berlaku ketika pemandu tersebut cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya.
Tidak sampai beberapa saat, pemandu mabuk itu mula menekan minyak dan memecut kenderaannya hingga menyebabkan pegawai polis tersebut terpaksa berpaut pada alat pengelap cermin kereta bagi mengelakkan daripada terjatuh.
Berdasarkan rakaman video itu, dapat dilihat bahawa pemandu tersebut terus memecut kenderaannya hingga mencecah kelajuan 94 kilometer sejam tanpa menghiraukan keadaan pegawai polis berkenaan.
Meskipun kereta itu dipandu laju, pegawai polis dilihat masih bertahan.
Selepas beberapa ketika, pemandu mabuk itu memperlahankan keretanya dan berhenti selepas melalui satu selekoh.
Walaupun terpaksa melalui pengalaman memeritkan yang hampir meragut nyawanya, pegawai polis itu hanya mengalami lebam dan sengal badan.
Pemandu itu kemudian ditahan dan didakwa kerana memandu ketika mabuk bersama dua lagi suspek.
No comments
Post a Comment