Pelakon Tony Eusoff Kongsi Suka Duka Di Penjara
“Belum pernah saya berasa lega yang teramat sangat ketika berjalan memasuki pusat pemeriksaan imigresen untuk ke Johor Bahru sebaik dibebaskan dari penjara baru-baru ini,” kata pelakon Tony Eusoff.
Selepas menjalani hukuman lima bulan 10 hari dari lapan bulan yang ditetapkan hakim atas kesalahan memiliki dadah, Tony dibebaskan dari penjara Singapura pada 1 Oktober.
“Apabila berada dalam penjara, perjalanan waktu dirasakan amat perlahan. Terseksanya mengharungi 10 minit bagaikan menjalani masa seharian yang panjang,” kata aktor berusia 38 tahun itu seperti dilapor NST.
Apabila mengetahui hukumannya boleh dikurangkan jika berkelakuan baik, dia berazam untuk menjaga disiplin sebaik mungkin.
“Saat memasuki penjara dan mengetahui sistem di sana (Singapura) menawarkan ‘diskaun’ ke atas tempoh hukuman untuk pesalah yang mempamerkan sikap baik, saya memutuskan untuk memfokus pada pembebasan awal dengan mengikut peraturan berkenaan.
“Secara logiknya, kehidupan saya musnah dan perkara terakhir ingin dilakukan adalah membuat keadaan bertambah buruk,” katanya.
Tony ditahan pada 12 Mac lalu di Tuas ketika memasuki republik itu bagi menjalani penggambaran drama seram The Hush.
Pada April 21, Tony atau nama penuhnya Anthony Joseph Anak Hermas Rajiman didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara lapan bulan.
“Saya akui kesalahan itu teramat bodoh dan perkara utama perlu dilakukan adalah berdepan dengan masalah ditimbulkan sebagai seorang lelaki.
“Ia memalukan sungguh, tetapi apabila semua orang di Malaysia sudah mengetahui kejadian sebenar, ketika itulah saya tahu tiada lagi peluang melainkan terima saja hukuman atas kesalahan yang dilakukan,” katanya.
Sebelum dipenjarakan, Tony sempat memohon maaf menerusi kenyataan dimuat naik di media sosial.
Ia kemudian dikongsi oleh kawan baiknya Tiara Jacquelina yang juga seorang aktres dan penerbit.
Menurut Tony, pasangan itu sering memberikan nasihat berguna untuk dirinya selain memintanya untuk terus bersikap tabah.
“Dia dan suaminya Tan Sri Effendi Norwawi melawat ketika saya sedang menunggu keputusan mahkamah.
“Mereka membantu dalam pelbagai cara yang tiada siapa dapat bayangkan terutama memberikan kata-kata sokongan tanpa prejudis.
“Ia adalah perkara yang paling saya perlukan ketika itu,” katanya.
Katanya, selain keluarga dan teman rapat, beberapa kenalan media juga turut memberikan sokongan.
Dan bagi Tony, sokongan yang diterima membuatkan dirinya begitu terharu dan bersyukur.
Beberapa orang sahabat juga sudi mengutus surat ketika dia berada di penjara antaranya Jehan Miskin, Chelsia Ng dan Jennifer Thompson termasuk ibunya.
“Saya mungkin telah masuk ke neraka.
“Tetapi apabila melihatkan kasih-sayang tidak berbelah bahagi, galakan jujur dan sokongan diberikan, ia membuat saya terfikir berada di neraka tetapi dalam kelas perniagaan.
“Tetapi ia bukanlah tempat yang ingin saya jejakkan kaki lagi kerana perkara paling buruk adalah melukakan perasaan ibu saya ketika ia berlaku,” katanya.
MReview

No comments
Post a Comment