Saya Keturunan Siam, Sebab Itu Nikah Di Siam - Ujar Awie
KUALA LUMPUR – Selain kerana menanggung penyakit mistik, penyanyi rock Awie memberitahu sebab utama pernikahan ketiganya berlangsung negara Thailand adalah kerana dia mahu berkahwin di lokasi tanah tumpah nenek moyangnya sendiri.
Menurut Awie atau nama penuhnya Ahmad Azhar Othman, 48, hasil pengkajian selama empat tahun, dia mendapati dirinya adalah berasal daripada keturunan Raja Sulaiman, salah seorang raja di Thailand yang bertanggungjawab membuka wilayah Songkla suatu ketika dahulu.
“Selepas empat tahun mengkaji mengenai keturunan sendiri, saya dapati saya sebenarnya adalah keturunan Raja Sulaiman yang berasal dari lokasi tersebut. Sebab itu, saya mahu memastikan kali ini saya berkahwin di lokasi tanah tumpah nenek moyang sendiri,” katanya kepada media ketika ditemui dalam majlis program Tiga Juara, di sini hari ini.
Selain itu, Awie juga turut mempertahankan tindakannya berkahwin di Thailand dengan menganggap dia tidak melakukan sebarang kesalahan besar
Malah, majlis pernikahannya turut diraikan dengan perarakan bermotor yang disertai oleh lebih 100 peserta.
“Saya fikir tidak ada salahnya untuk saya bernikah di Thailand memandangkan perkahwinan ini bukan dibuat secara rahsia. Ia berlangsung di dalam masjid dan dalam keadaan yang cukup teratur.
“Adalah hak saya untuk berkahwin di mana pun, apa yang penting ia sah di sisi syarak. Saya juga tahu undang-undang, bukanlah bodoh sangat,” katanya lagi menjawab komen negatif banyak pihak mengenali pilihannya berkahwin di luar negara buat kesekian kalinya.
Awie bernikah dengan Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin, 29, pada Jumaat lalu di Masjid Sultan Sulaiman, Songkla, Thailand. Majlis pernikahan itu hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan terdekat pasangan pengantin baharu itu.
Menurut Awie, dia akan mendaftar perkahwinan terbaharunya dalam waktu terdekat, selain bersedia membayar sebarang denda yang bakal dikenakan terhadap dirinya oleh pihak mahkamah nanti kerana bernikah di luar negara.
Ini adalah perkahwinan ketiga bintang filem Sembilu itu yang ketika ini masih dalam proses perceraian dengan Rozana Misbun yang dinikahi melalui perkahwinan keduanya, juga di Songkla.
Melalui perkahwinan dengan adik kepada pelakon Haliza Misbun itu, Awie dikurniakan tiga orang anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 9, Putra Ahmad Rezzki, 8, dan Puteri Qasseh Antasha, 6.
Sebelum itu, Awie pernah bernikah dengan penyanyi berasal Terengganu, Arni Nazira pada 10 Disember 1998 sebelum bercerai pada 16 Oktober 2006.
Hasil perkahwinan tersebut, dia dikurniakan dua anak perempuan, Puteri Aleeya Antasha, 16, dan Puteri Aleefa Antasha, 14, yang kini di bawah jagaan Awie dan isteri baharunya.
UtusanOnline
Menurut Awie atau nama penuhnya Ahmad Azhar Othman, 48, hasil pengkajian selama empat tahun, dia mendapati dirinya adalah berasal daripada keturunan Raja Sulaiman, salah seorang raja di Thailand yang bertanggungjawab membuka wilayah Songkla suatu ketika dahulu.
Selain itu, Awie juga turut mempertahankan tindakannya berkahwin di Thailand dengan menganggap dia tidak melakukan sebarang kesalahan besar
Malah, majlis pernikahannya turut diraikan dengan perarakan bermotor yang disertai oleh lebih 100 peserta.
“Saya fikir tidak ada salahnya untuk saya bernikah di Thailand memandangkan perkahwinan ini bukan dibuat secara rahsia. Ia berlangsung di dalam masjid dan dalam keadaan yang cukup teratur.
“Adalah hak saya untuk berkahwin di mana pun, apa yang penting ia sah di sisi syarak. Saya juga tahu undang-undang, bukanlah bodoh sangat,” katanya lagi menjawab komen negatif banyak pihak mengenali pilihannya berkahwin di luar negara buat kesekian kalinya.
Awie bernikah dengan Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin, 29, pada Jumaat lalu di Masjid Sultan Sulaiman, Songkla, Thailand. Majlis pernikahan itu hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan terdekat pasangan pengantin baharu itu.
Menurut Awie, dia akan mendaftar perkahwinan terbaharunya dalam waktu terdekat, selain bersedia membayar sebarang denda yang bakal dikenakan terhadap dirinya oleh pihak mahkamah nanti kerana bernikah di luar negara.
Ini adalah perkahwinan ketiga bintang filem Sembilu itu yang ketika ini masih dalam proses perceraian dengan Rozana Misbun yang dinikahi melalui perkahwinan keduanya, juga di Songkla.
Melalui perkahwinan dengan adik kepada pelakon Haliza Misbun itu, Awie dikurniakan tiga orang anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 9, Putra Ahmad Rezzki, 8, dan Puteri Qasseh Antasha, 6.
Sebelum itu, Awie pernah bernikah dengan penyanyi berasal Terengganu, Arni Nazira pada 10 Disember 1998 sebelum bercerai pada 16 Oktober 2006.
Hasil perkahwinan tersebut, dia dikurniakan dua anak perempuan, Puteri Aleeya Antasha, 16, dan Puteri Aleefa Antasha, 14, yang kini di bawah jagaan Awie dan isteri baharunya.
UtusanOnline
No comments
Post a Comment