Terkini

Video : Suami Mengamuk Gara-gara Isteri Acah-acah Suap Kek

MAJLIS perkahwinan biasanya berlangsung dalam suasana yang cukup romantis dan meriah dengan kehadiran sanak-saudara serta rakan-taulan.

Video : Suami Mengamuk Gara-gara Isteri Acah-acah Suap Kek

Salah satu acara ‘wajib’ dalam majlis resepsi pastinya upacara memotong kek bagi meraikan cinta pasangan pengantin baharu.

Namun, bagi pengantin perempuan dari Turki ini, memori indah hari perkahwinannya tercalar dengan sikap panas baran suaminya.

Selepas suaminya menyuapkan secubit kek kepada dirinya, wanita itu pun membalasnya semula, namun secara bergurau dengan mengacah-acah sebelum mahu diberikan kepada pasangannya itu.


Tapi, nak tahu apa jadi?


Berang dengan acahan isteri, si suami terus menepis tangan isterinya yang kemudian termangu-mangu dengan perbuatan kasar suaminya sendiri.

Alahai, kesian pengantin perempuan tu, nak bermanja tapi laki bukan main garang lagi.. –





MYNEWSHUB.CC


No comments