Terkini

100 Bot China Ceroboh Perairan Malaysia

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengesan 100 bot nelayan serta kapal pengawal pantai China menceroboh kawasan perairan Malaysia, hari ini.

100 Bot China Ceroboh Perairan Malaysia
100 Bot China Ceroboh Perairan Malaysia

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata pencerobohan di perairan Beting Patinggi Ali, Miri, Sarawak itu dikesan ketika pesawat Bombardier membuat pemantauan udara.

“Pesawat Bombardier dihantar meninjau dan mendapati terdapat 70 nelayan serta kapal pengawal pantai China, iaitu jumlah yang agak besar.

“Sebanyak tiga aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sudah dikerah ke kawasan itu, dua daripadanya sudah bergerak dan dijangka tiba pada malam ini, selain aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sudah berada di sana.

100 Bot China Ceroboh Perairan Malaysia

“Sesiapa yang masuk ke kawasan Malaysia termasuk zon kawasan ekonomi eksklusif akan diambil tindakan penguatkuasaan undang-undang,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini. – Berita Harian

No comments