Terkini

Video: Pesawat Penerbangan FlyDubai Terhempas, 62 Maut

ROSTOV-ON-DON-RUSIA- Sebuah pesawat Flydubai, FZ981 dilaporkan terhempas di Selatan Rusia Rostov-On-Don dan dipercayai mengorbankan kesemua 59 penumpang dan anak kapal.

Video:  Pesawat Penerbangan FlyDubai Terhempas, 62 Maut
Pesawat Penerbangan FlyDubai Terhempas, 62 Maut

Pesawat itu dilaporkan dalam penerbangan dari Dubai ke Rostov-On-Don dan dipercayai terhempas ketika hendak melakukan pendaratan di lapangan terbang Rostov-On-Don.

RT.News melaporkan bahawa bahagian kawalan trafik udara dan perkhidmatan kecemasan tempatan telah mengesahkan bahawa pesawat Boeing 737-800 terhempas berhampiran landasan.

"Menurut data awal, Boeing 738 terhempas kerana jarak penglihatan yang lemah, iaitu dalam jarak 50-100 meter ketika hampir mendarat ," kata sumber itu.


Semua anak kapal dan penumpang dalam pesawat itu terbunuh dalam kemalangan itu, menurut Kementerian Kecemasan serantau.

Sementara, menurut sumber LifeNews, pesawat itu gagal mendarat di pendekatan pertama dan terpaksa membuat pendaratan kedua.

Walau bagaimanapun, pada masa itu ekor pesawat didakwa telah mencecah tanah.


SinarHarian

No comments