Terkini

Lelaki Bunuh Diri Dalam Van, Sedut Asap Ekzos

SEORANG lelaki berusia 45 tahun ditemui mati dalam kenderaannya yang diparkir di Kampung Sungai Pinang, Bau, Sarawak, semalam.

Lelaki Bunuh Diri Dalam Van, Sedut Asap Ekzos
Lelaki Bunuh Diri Dalam Van, Sedut Asap Ekzos

Memetik laporan Borneo Post, mangsa yang dikenali sebagai Yeo berasal dari Kampung Gita, Jalan Pinang Jawa, Kuching.

Mayat mangsa ditemui seorang pemandu trak yang melalui kawasan tersebut selepas mengesyaki ada sesuatu tak kena apabila melihat van Yeo disambungkan dengan sebatang getah paip dari bahagian ekzos ke tingkap kenderaannya.

Pemandu trak itu kemudiannya menghubungi polis bagi melaporkan insiden terbabit.

Hasil siasatan mendapati enjin van masih lagi berfungsi ketika pihak berkuasa tiba di tempat kejadian.

Lelaki Bunuh Diri Dalam Van, Sedut Asap Ekzos

Pihak polis percaya si mati telah memasang getah dari ekzos ke bahagian cermin tingkap.

Barangan peribadi Yeo seperti dompet, buku bank, rekod kesihatan dan ubat-ubatan ditemui bersebelahan dengan dirinya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Bau untuk dibedah siasat. – MYNEWSHUB.CC

No comments