Terkini

Kisah Lelaki Zakar Bionik Terharu Alami Pengalaman Seks Pertama

LELAKI yang diberi kesempatan untuk menggunakan zakar bionik, Muhammad Abad, akhirnya mengaku telah hilang teruna pada usia 44 tahun.

Kisah Lelaki Zakar Bionik Terharu Alami Pengalaman Seks Pertama

Dia yang lebih dikenali sebagai Mo, bekerja sebagai pengawal keselamatan di Edinburgh, Scotland menyatakan dia memang menunggu detik tersebut sejak berusia 18 tahun lagi.

Memetik laporan Huffington Post, kisahnya bermula apabila Mo ketika berusia 6 tahun, terlibat dalam satu kemalangan jalan raya menyebabkan dia terseret sejauh 600 kaki dan dalam masa yang sama membuatkan zakarnya pada waktu tersebut hancur luluh.

Dan 30 tahun kemudian, iaitu pada 2012, Mo diberi peluang untuk ‘memakai’ zakar bionik berukuran 8 inci, yang dihasilkan pelajar di Universitu College London.

Proses penghasilan zakar tersebut dikatakan memakan masa selama tiga tahun.

Perkara tesebut sekali gus memberi nafas baru buat Mo yang begitu yang begitu mengidamkan untuk melakukan hubungan seksual seperti lelaki normal lain.

Dengan zakarnya yang kembali ‘aktif’, keinginan Mo untuk bercinta kembali ‘berputik’ dan mula berani untuk berkenalan dengan gadis-gadis tempatan sehinggalah dia bertemu dengan seorang wanita bernama, Charlotte Rose.

Kisah Lelaki Zakar Bionik Terharu Alami Pengalaman Seks Pertama

Charlotte yang pada ketika itu merupakan seorang pelacur, tersentuh setelah mendengar berita mengenai Mo dan telah diminta oleh lelaki itu untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman pertamanya itu.

“Saya mahukan seseorang yang bersedia menerima saya sepenuhnya. Saya baru belajar. Saya masih lesen L. Saya tidak mahu memperbodohkan diri sendiri,” katanya.

Jelas Mo, dengan hilangnya teruna itu, ia memberikan keyakinan untuknya lebih-lebih lagi selepas doktor menguji tahap air mani serta paras testosteronenya, yang mana pasukan perubatan percaya Mo berpotensi untuk menjadi bapa suatu masa nanti.-MYNEWSHUB.CC

No comments