Terkini

Remaja Perogol Bersiri Diberkas

LANGKAWI: Seorang remaja lelaki yang disyaki terbabit dalam 10 kes rogol diberkas di sini Rabu lepas.

Remaja Perogol Bersiri Diberkas
Gambar Hiasan

Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Dr Che Ghazali Che Awang berkata remaja berumur 19 tahun itu yang berasal dari Alor Setar diberkas hasil maklumat seorang mangsanya.

Beliau berkata mangsa itu bertembung dengan suspek yang ketika itu sedang memandu kereta di sini bersama seorang wanita lain yang dipercayai turut menjadi mangsa suspek.

Suspek dipercayai baru tiba di sini bersama mangsa terbaharunya itu, katanya.

Che Ghazali berkata suspek yang dikenali sebagai 'Solleh' didapati terbabit dengan 10 kes di Kedah dan Kuala Lumpur.

"Modus operandi suspek ialah menggunakan 'Nearby Search' dalam WeChat untuk mencari mangsa. Apabila berjaya diperdaya, suspek akan membawa mangsa ke kawasan sunyi untuk dirogol atau merogol mereka di dalam kereta," katanya.

Che Ghazali berkata suspek juga disyaki mencekik dan memukul mangsa serta memadamkan maklumat berkenaan diri suspek yang terdapat dalam telefon bimbit mangsanya.

Beliau berkata suspek yang merupakan bekas pekerja hotel di sini disyaki melakukan jenayah itu sejak Oktober tahun lepas dengan mangsa suspek berumur sekitar 16 tahun dan 18 tahun.

Phak polis telah memperoleh perintah reman ke atas suspek, katanya.

MstarOnline

No comments