Terkini

Pasangan Kekasih Pusing Satu Malaysia Pecah Tabung Masjid

Butterworth: Polis berkas kekasih disyaki bersekongkol pecah tabung masjid di Butterwoth.

Pasangan Kekasih Pusing Satu Malaysia Pecah Tabung Masjid
Pasangan Kekasih Pusing Satu Malaysia Pecah Tabung Masjid

Mereka, yang masing-masing berusia 24 dan 25 tahun dikatakan berasal dari Pengerang, Johor, dan ditahan di hotel murah, di sini, Khamis lalu.

Pasangan itu itu dipercayai menjelajah semenanjung dan memecah tabung masjid di setiap daerah dikunjungi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Azmi Adam, berkata di SPU saja, suspek mengaku melakukan tiga kes pecah tabung di tiga masjid di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, pasangan itu juga mengaku melakukan 15 kes yang sama di beberapa daerah lain.

Katanya, polis masih menyiasat kes berkenaan termasuk menyemak kejadian pecah tabung masjid yang mungkin didalangi suspek di daerah lain.

Azmi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri di dalam bangunan.

Hmetro

No comments