Terkini

MISTERI Gambar Selfie Yang Tak Terjawab

SEKALI pandang ianya hanya sekeping gambar selfie yang biasa dilakukan semua orang. Tapi jika dibelek dengan teliti maka bulu roma anda pasti meremang dibuatnya!

MISTERI Gambar Selfie Yang Tak Terjawab
MISTERI Gambar Selfie Yang Tak Terjawab

Jika masih tak perasan.. perhatikan imbasan bayang wanita yang bergambar selfie di kaca belakangnya, adakah dia sedang merenung anda?

MISTERI Gambar Selfie Yang Tak Terjawab

Pemeriksaan kami mendapati gambar ini sudah tersebar di media sosial sejak akhir tahun lalu tapi kembali viral sekarang, apatah lagi jawapan mengapa pembalikan imej wanita tersebut yang sepatutnya tidak menampakkan wajah ke arah kamera, masih belum diperoleh hingga sekarang.

Ada yang memberi komen bayang wanita itu adalah wanita yang lain tapi kalau pun andaian itu benar dah tentulah itu jawapan yang lebih menyeramkan lagi.

Apa yang pasti, kami sendiri sedang meremang roma ketika menaip dan berkongsikan hal gambar ini dengan anda (alamak! Malam ni malam Jumaat ke?) – MYNEWSHUB.CC

No comments