Terkini

Hentikan Amalan Terima Sumbangan Politik Asing - Tun M

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mahu parti politik berhenti menerima sumbangan daripada entiti asing, sambil menyuarakan kebimbangan perkara itu mungkin boleh menyebabkan mereka terikat dengan polisi luar.

Hentikan Amalan Terima Sumbangan Politik Asing - Tun M
Hentikan Amalan Terima Sumbangan Politik Asing - Tun M

Bercakap kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana pada Sabtu, bekas perdana menteri itu berkata, parti pemerintah perlu mengikuti tujuan pihak asing sekiranya ia mengambil sumbangan daripada mereka bagi memenangi pilihan raya.

"Pembiayaan politik asing perlu dihentikan, tetapi sumbangan tempatan adalah boleh. Bagaimanapun, jumlahnya tidak boleh terlalu tinggi.

"Semasa saya jadi perdana menteri, saya tidak terima lebih dari RM300 juta untuk sumbangan politik.

"Saya tidak ambil mana-mana wang daripada kerajaan asing, tidak juga daripada syarikat-syarikat asing," katanya.

Dr Mahathir berkata, badan-badan bukan kerajaan (NGO) tempatan juga perlu berhenti menerima sumbangan asing, dengan mendakwa mereka dipergunakan untuk mencapai perubahan rejim di kebanyakan negara.

"NGO juga tidak sepatutnya terima sumbangan asing. Amerika Syarikat (AS) banyak bayar NGO untuk menjejaskan rejim di kebanyakan negara dan saya tahu mengenainya," dakwanya.

Tambahnya, sekiranya tindakan itu berterusan, ia hanya akan membawa kepada pertembungan antara dasar tempatan dan dasar-dasar entiti asing.


MstarOnline

No comments