Terkini

Dah Kemaruk Sangat Ni, Masuk Longkang Pun Takpa Asal Dapat Intai

Shah Alam: Lelaki berusia 22 ditahan polis kerana menceroboh tandas perempuan sebuah sekolah agama di Seksyen 19, Shah Alam, semalam.

Dah Kemaruk Sangat Ni, Masuk Longkang Pun Takpa Asal Dapat
Suspek juga memeluk seorang pelajar perempuan berusia 11 tahun

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, suspek ditahan kira-kira jam 4 petang oleh beberapa guru yang dimaklumkan mengenai kejadian.

Beliau berkata, sebelum ditahan, suspek memasuki kawasan sekolah melalui longkang sebelum masuk ke tandar pelajar perempuan dipercayai untuk mengintai.

"Suspek juga cuba memeluk seorang pelajar perempuan berusia 11 tahun namun tidak berjaya dan kejadian itu dimaklumkan pelajar terbabit kepada guru.

"Disebabkan takut ditahan, suspek terus melarikan diri sebelum kembali semula untuk melakukan kesalahan sama beberapa jam kemudian dan akhirnya berjaya ditahan di kawasan sekolah," katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Shafien berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan (KK) kerana menceroboh dan direman sehingga Jumaat ini untuk siasatan lanjut



HMetro

No comments