Terkini

Lelaki Belasah Teman Wanita Setelah Aktivii Langgan Pelacur Terbongkar

Kuala Lumpur: Seorang lelaki bertindak ganas membelasah kekasihnya sehingga tercampak ke dalam longkang selepas aktivitinya melanggan pelacur terbongkar.

Lelaki Belasah Teman Wanita Setelah Aktivii Langgan Pelacur Terbongkar

Dalam kejadian jam 2.30 pagi kelmarin, mangsa berusia 29 tahun cedera di dahi, pipi dan belakang badan akibat dipukul berhampiran sebuah pusat hiburan di Puchong Jaya, di sini.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Su berkata, kejadian berlaku ketika dia berhibur bersama teman lelakinya di premis itu.

Menurutnya, berlaku perselisihan faham antara dia dan teman lelakinya selepas dia memeriksa telefon pintar lelaki terbabit.

“Melalui maklumat dan gambar di telefon pintar itu, saya dapati dia gemar melanggan beberapa pelacur Vietnam.

“Malah, terdapat mesej berhubung urusannya mendapatkan khidmat pelacur di telefon pintarnya itu,” katanya.

Dia berkata, teman lelakinya itu naik berang selepas rahsianya terbongkar sebelum cuba memukul mangsa.

“Bagaimanapun saya berjaya melarikan diri sebelum dikejarnya.

“Akibatnya saya terjatuh ke dalam longkang di luar pusat hiburan itu. Dia kemudian menarik rambut dan memukul saya beberapa kali,” katanya.

Mangsa berjaya melepaskan diri sebelum lari ke sebuah hotel berhampiran.

“Saya minta bantuan pekerja di hotel menghubungi polis. Saya kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang,” katanya.



HMetro

No comments