Terkini

VIDEO - Marah Dilanggar, Penunggang Basikal Kejar Dan Pecah Cermin Kereta

VIDEO seorang penunggang basikal bertindak memecahkan cermin belakang kereta yang telah melanggarnya di laluan pejalan kaki, kini tersebar.

VIDEO - Marah Dilanggar, Penunggang Basikal Kejar Dan Pecah Cermin Kereta
Marah Dilanggar Penunggang Bertindak Pecah Cermin Kereta

Dalam rakaman itu, sebuah kereta Volkswagen Golf dilihat dipandu secara melulu sebelum terbabas dan melanggar penunggang basikal hingga mangsa tercampak jatuh.

Pemandu kereta terbabit bagaimanapun bertindak memecut laju cuba meninggalkan kawasan tersebut.

Bengang dengan situasi itu, mangsa mengambil sesuatu di jalan sebelum berlari mengejar kereta itu dan menggunakannya untuk memecahkan cermin belakang kenderaan tersebut.


Metro UK melaporkan, susulan kejadian tersebut Adeel Ahmad, 25, dari Slough, Britain yang dipercayai memandu kereta itu ditahan pihak berkuasa dan didakwa kerana memandu secara berbahaya. – MYNEWSHUB.CC

No comments