Terkini

Anak Lembu Berkepala Dua

London: Seorang penternak di Yorkshire, Britain terkejut selepas seekor lembu betina peliharaannya melahirkan anak yang mempunyai dua kepala.

Anak Lembu Yang Mempunyai Dua Kepala Ini Berkongsi Badan

Shaun Sowray, 55, yang mengusahakan ladang tenusu berkata, pada mulanya dia menyangka lembu betina berkenaan bakal melahirkan anak kembar.

Bagaimanapun, dia terkejut selepas haiwan itu melahirkan seekor anak lembu yang mempunyai dua kepala.

“Pada mulanya saya menyangka lembu ini bakal melahirkan anak kembar, tetapi sangkaan saya meleset.

“Saya terkejut apabila melihat anak lembu ini mempunyai dua kepala yang lengkap dan berkongsi badan serta anggota yang lain,” katanya.

Menurutnya, anak lembu itu tidak mampu berdiri kerana kepalanya terlalu berat dan mati beberapa jam selepas dilahirkan

“Saya sudah berpuluh tahun mengusahakan ladang ternakan dan ini kali pertama lembu peliharaan saya melahirkan anak berkepala dua.

“Seorang pakar haiwan memberitahu kejadian ini sangat ganjil dan jarang berlaku,” jelasnya. - Agensi

mbu

No comments