Terkini

Shahz Jaszle Dulu Dilanda Kontroversi Kini Jadi Bapa Mithali

PERNAH dilanda kontroversi hebat satu masa dahulu, kini pelakon Shahz Jaszle atau nama sebenarnya Mohd Shahrizal Jaszle bin Jasmin, 27, mengakui dia telah banyak berubah lebih-lebih lagi sesudah bergelar bapa.

Shahz  Jaszle

“Alhamdulillah kini saya bertambah bahagia selepas selamat menimang cahaya mata sulung. Banyak perubahan yang berlaku kepada saya termasuklah komitmen yang semakin tinggi.

“Saya kena usaha lebih lagi untuk menyara keluarga, lagi-lagi sekarang isteri sudah tidak bekerja,” katanya sewaktu ditemuramah media di Majlis Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 (DFKL 2016).

Dia yang kelihatan berisi sedikit menjelaskan, perubahan fizikalnya itu mencerminkan kebahagiaan yang sedang dikecapi namun dia dalam proses menurunkan berat badan atas faktor kerjaya.

“Dari 75kg sekarang dah 80kg tapi saya sedang diet untuk memenuhi tawaran lakonan yang diterima,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

No comments