“Satu Pejabat Terkejut Dengan Jeritan Saya, Lintang Pukang Semuanya.
“Cuba bayangkan ketika anak-anak masih kecil, saya terpaksa berhadapan dengan ego seorang suami yang mahu bercinta lagi. Cintanya pula macam cinta anak muda. Bergayut di telefon bagai nak rak, naik meluat saya melihatnya.
Namun sebagai wanita, segala keperitan itu perlu diterima dengan baik. Sabar dan berdoa itu cara terbaik untuk menangani masalah. Ikut kata orang, kita tidak ke mana. Yang penting, apa yang dirasakan baik untuk diri sendiri, lakukan.
Dalam perkahwinan, perempuan juga yang akan sakitkan hati perempuan. Tak percaya, kita ikuti cerita ini, kiriman wanita bernama Nurin (bukan nama sebenar) yang bergelar janda di usia muda dengan lima anak. Ingin tahu sebabnya? Begini kisah Nurin.
“Saya pernah berkahwin dengan seorang pegawai kerajaan yang ada gelaran dan telah bersara lebih 10 tahun lalu. Saya kini seorang pesara. Kami dikurniakan lima orang anak, dua lelaki dan tiga perempuan. Kesemuanya sudah berumah tangga. Alhamdulillah, kami ada 10 cucu.
“Melihat fenomena sekarang yang kecoh dan sarat dengan masalah golongan tertentu yang mempertikaikan isu andartu dan janda, saya juga ada cerita mengenai golongan ini.
“Bukan maksud saya semua wanita yang berstatus begitu mempunyai perangai yang sama, hanya beberapa kerat sahaja. Saya salah seorang daripada berjuta-juta isteri yang menghadapi masalah rumah tangga kerana andartu.
“Sebagai isteri, tentu kita tertanya-tanya kenapa suami jatuh cinta dengan andartu. Nak kata cantik tidak juga.
“Saya mengaku yang saya tidak cantik, apatah lagi bergaya. Di sinilah letaknya tanggungjawab isteri untuk menarik perhatian suami. Walau susah, kita kena usaha sampai suami tak keluar rumah dan lupakan wanita lain. Tapi semuanya bergantung kepada suami juga, kalau kita rantai kakinya di rumah pun, kalau dia hendak keluar, dia akan keluar juga.
“Suatu ketika dahulu, saya juga pernah melalui saat-saat getir ini apabila suami yang saya panggil Iwan (bukan nama sebenar) dirampas oleh seorang andartu. Hebat dugaan ini dan saya terasa dihina dan disisihkan suami.

“Iwan dikhabarkan bermain cinta dengan salah seorang stafnya yang sudah berusia tetapi belum berkahwin. Kata orang, andartu lima bintang yang serba serbinya ada. Pakejnya sangat menarik. Cantik, bergaya dan ada pangkat.
“Nasib malang untuk saya kerana suami saya menjadi mangsanya. Entah bagaimana saya tidak tahu suami saya boleh tersangkut dengan andartu ini. Usianya lewat 30-an ketika itu.
“Walaupun saya dan suami tidak bekerja satu pejabat tetapi kami berada di bangunan yang sama. Tapi saya bukan jenis isteri yang suka menghendap suami. Di tempat kerja, dia seorang yang dihormati. Saya tidak pernah mengganggu kerjanya.
“Saya buat hal saya. Tetapi perkara tidak elok sudah tentu cepat sampai ke telinga saya. Heboh orang bercerita tentang suami saya sedang asyik bercinta dengan perempuan itu.
“Keluar makan setiap hari bersama, balik lewat. Ada kala kalau suami outstation, dia pun ikut sama, pada hal tidak ada kena mengena dengan kerja dia pun. Saya sabar dan melihat sejauh mana suami hendak bermain api dengan saya.
“Pada mulanya, saya marah juga tetapi lama kelamaan, saya malas nak layan. Di pejabat, saya mendapat pelbagai cerita tentang suami dan perempuan itu. Saya pekakkan telinga, masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
“Namun jauh di sudut hati, hanya Allah yang mengetahui segalanya. Tidur saya setiap malam dibasahi dengan air mata yang menjadi teman setia ketika itu. Di rumah, saya dan anak-anak makan apa yang ada, sebab saya tidak dapat fokus dengan apa yang saya hadapi.
“Anak sulung saya ketika itu baru berusia 15 tahun, selalu bertanya kenapa mak menangis? Saya katakan pada anak-anak, mak gembira kerana anak-anak mak pandai belajar dan mak sentiasa doakan anak-anak mak menjadi orang beriman sebab tidak mahu mereka tahu kenapa saya menangis.
“Pada masa yang sama, suami terus dengan alam cintanya. Saya tahu perempuan itu hanya mahu mengikis duit suami saya sahaja. Dia bukan cintakan suami saya pun, semua ini saya dapat tahu dari staf suami yang bersimpati dengan saya.
“Kata mereka, memang perempuan itu kaki kikis, ramai pegawai atasan sebelum ini turut menjadi mangsanya. Semua orang tahu perangai dia. Melayan semua lelaki berpangkat, tak kira suami orang.
“Malu saya, Allah sahaja yang tahu, seolah-olah saya tak pandai menjaga suami. Kalau ada jamuan makan malam atau majlis kahwin, saya tidak lagi diajak suami, dia yang jadi penggantinya. Berlakon macam suami isteri pula.
“Apabila mendapat tahu mereka hendak bernikah, saya mula panik. Apa yang saya hendak buat? Alang-alang malu biar malu terus, itu yang saya fikirkan. Akhirnya saya nekad untuk bersemuka dengan perempuan itu dan suami.
“Ini bermakna saya harus pergi ke pejabat suami untuk selesaikan perkara ini. Saya sudah meluat dengan perangai mereka berdua. Walaupun kita sabar, tetapi ada batasnya. Kalau sampai cacing sudah naik ke mata, buat apa nak tunggu lagi.
“Saya nekad ke pejabat suami tanpa memberitahunya. Di sana, saya jumpa setiausahanya untuk meminta izin berjumpa suami. Terkejut setiausahanya melihat saya datang. Cakapnya tergagap-gagap.
“Terketar-ketar dia jawab soalan saya. Macam ada yang tidak kena. Wajahnya ketakutan. Tunggu Datin, tunggu Datin...,katanya berulang kali apabila saya meluru ke bilik suami.
“Hendak tahu apa yang saya nampak? Si perempuan tak bermaruah itu dengan suami saya sedang berkasih sayang di dalam pejabat. Buruknya perangai!
“Masya-Allah, astagfirlullahal’azim, saya menjerit. Tanpa saya sedar, beg tangan saya melayang ke arah mereka. Terkejut suami bukan kepalang. Ya Allah, selalu saya melihat adegan ini di dalam kaca TV tetapi hari ini terjadi di depan mata saya.
“Satu pejabat terkejut dengan jeritan saya. Lintang pukang semuanya. Ini yang awak sembunyikan dari saya ya..., suami jenis apa awak ini? Selama ini, saya bagi kepercayaan kepada awak, ini balasan awak kepada saya?
“Kamu perempuan tak bermaruah..., Patutlah cari suami orang. Kalau perempuan yang ada maruah, tak akan buat perangai macam ini. Perangai kamu yang buruk ini telah merosakkan beribu-ribu andartu yang baik di luar sana. Hormat sikit, ini pejabat, bukan hotel, jerit saya bertalu-talu.
“Saya sudah malas hendak kata apa-apa lagi. Hati saya sangat sakit. Macam disiat-siat dengan pisau. Saya tidak menangis tetapi menghamburkan kata-kata yang tidak enak kepada mereka berdua.
“Mulai dari saat itu, hilang rasa sayang dan hormat saya kepada Iwan. Malah saya amat meluat melihat muka dia bersama perempuan itu. Meluat sungguh-sungguh. Semua ini, tidak akan terjadi jika bertepuk sebelah tangan.
“Saya pegang perempuan itu, saya katakan kepada dia, kamu hendak sangat suami aku kan? Sekarang kamu boleh ambil, kamu boleh layan dia 24 jam. Tak payah balik rumah, dalam bilik ini pun boleh. Itu yang kamu hendakkan?
“Dia tidak menjawab tetapi menangis dan meraung meminta maaf. Begitu juga suami, tidak ada kata-kata yang lahir dari bibirnya. Dia nampak gugup dan terkejut, mungkin tidak sangka saya akan menyerangnya di pejabat.
“Saya hendak awak selesaikan masalah kita di mahkamah. Lepaskan saya. Awak boleh nikah dengan perempuan ini. Dia lebih hebat dari saya. Tapi ingat, jangan sentuh anak-anak. Awak tak layak nak jaga mereka terutama untuk bawa perempuan ini ke rumah saya.
“Awak kena ingat, rumah itu rumah saya. Rumah yang saya beli dengan titik peluh saya. Kita jumpa di mahkamah. Kita selesaikan dengan baik. Selepas ini, awak boleh kahwin dengan perempuan ini.
“Itulah kata-kata akhir saya untuk suami yang telah saya curahkan kasih sayang sepenuh hati selama 15 tahun. Tidak saya sangka, rumah tangga kami runtuh kerana perempuan pisau cukur itu.
“Selepas kejadian itu, saya minta tukar ke jabatan lain. Saya diberi amaran kerana berkelakuan tidak baik di pejabat dan menyerang suami. Tindakan disiplin diambil terhadap saya. Saya reda dan puas hati walaupun terpaksa bertukar tempat kerja.
“Suami juga diarahkan bertukar ke tempat lain, begitu juga dengan perempuan itu. Tetapi mereka akhirnya bernikah juga, setelah kes itu menjadi heboh.
“Kini, 30 tahun telah berlalu. Anak-anak telah berjaya kesemuanya. Saya bahagia hidup dengan anak, menantu dan cucu tanpa suami. Kejadian itu mengajar saya menjadi lebih kuat dan tabah.
“Alhamdulillah, bekas suami datang untuk mewalikan anak-anaknya di hari pernikahan mereka tetapi saya tidak izinkan dia bawa perempuan itu bersama. Dia datang menjalankan tanggungjawabnya. Saya tidak mahu melihat wajah perempuan itu. Saya sangat benci. Sampai sekarang saya masih tidak dapat maafkan dia.
“Bukan niat saya berdendam tetapi saya masih sakit hati dengan perbuatannya terhadap saya. Sakit apabila suami diambil orang dalam keadaan yang kita tidak reda. Sampai mati saya akan ingat.
“Syukur alhamdulillah, saya tenang selepas kejadian itu. Rezeki saya juga melimpah ruah setelah diceraikan suami. Walaupun saya malu dengan apa yang berlaku kepada saya tetapi saya ambil ia sebagai ujian dari Allah untuk saya.
“Allah menguji kesabaran saya dan menghadiahkan saya anak-anak, menantu dan cucu yang baik-baik sebagai penghibur hati saya di usia begini. Saya kongsi cerita ini untuk para isteri bermasalah dengan suami supaya berhati-hati.
“Jangan malu bertindak dan memastikan hak kita tidak dirampas orang ketiga. Tolak perasaan malu ke tepi, sebab masa depan kita bersama anak-anak lebih penting. Jangan ingat suami ada gelaran dan pangkat, kita perlu diamkan sahaja.
“Kita harus bangkit dan perjuangkan hak kita, sebab kalau kita hendak jaga pangkat dan gelaran suami, siapa pula yang nak jaga hati dan perasaan kita? Semoga Allah permudahkan urusan hidup saya dan bahagiakan saya di dunia dan akhirat. Amin.”
Tersentuh hati saya membaca kisah Nurin. Saya kagum dengan semangat dan kesabaran Nurin.
Apapun ketentuan dan kehendak Allah mengatasi segalanya. Semoga Nurin bahagia dengan keluarganya.
Menamatkan catatan, saya titipkan pesanan untuk renungan bersama, bergembiralah apabila telah melakukan kebaikan tetapi jangan bersedih setelah melakukan kesilapan kerana kesilapan itu adalah jalan mencari kejayaan.
Salam
malahamzah56@gmail.com

No comments
Post a Comment