Terkini

Guru Wanita Mengaku Lakukan Hubungan Intim Dengan Anak Murid

LONDON — Seorang guru wanita di sini mengaku bersalah menjalin hubungan seks dengan muridnya yang berusia 16 tahun. Hubungan itu bermula sejak remaja itu 13 tahun.

Guru Wanita Mengaku Lakukan Hubungan Intim Dengan Anak Murid
Lauren Coc mengaku mengadakan hubungan seksual dengan pelajarnya yang berusia 13 tahun ketika itu

Dengan pengakuan itu, Lauren Cox, 27, bakal berdepan hukuman penjara lebih setahun atas lima pertuduhan melakukan kegiatan seks dengan remaja itu, kini 17 tahun.

Cox ditahan pada September 2015 selepas murid berkenaan, yang tidak boleh didedahkan nama, terpaksa memberitahu ibu bapanya mengenai apa yang berlaku, lapor Daily Mail.

Pegawai penyiasat berkata wanita itu mula menjalinkan hubungan seks bersama muridnya sejak Januari tahun lalu selepas mengenali mangsa sejak dia berusia 13 tahun.

Kegiatan seks itu termasuklah menyentuh dengan intim pada Mac 2015 dan hubungan kelamin pada April dan September lepas.

Guru kajian perniagaan itu, yang mengajar di selatan London, bertemu murid itu selepas tamat waktu sekolah dan semasa cuti persekolahan.

Wanita itu juga mengirim foto dan video lucah dirinya kepada murid tersebut, lapor portal itu lagi.

Hubungan mereka diputuskan oleh remaja itu pada Ogos lalu apabila ibu bapanya mengesyaki sesuatu dan memaksanya berterus terang.

Namun, Cox terus menghubungi pelajar itu, membuatkan ibu bapanya melaporkan hubungan mereka berdua kepada guru besar yang akhirnya membuat aduan polis.

Pegawai penyiasat Laura Davies berkata Cox menyalahguna kedudukannya sebagai seorang guru dan mendorong muridnya melakukan kegiatan seks.

Guru Wanita Mengaku Lakukan Hubungan Intim Dengan Anak Murid
Lauren Cox

“Salah laku itu memberi kesan buruk kepada kanak-kanak itu yang mendapat keputusan teruk dalam pelajaran,” katanya.

“Cox tidak pernah mengakui kesalahannya semasa disiasat polis. Dia mengaku hari ini (Rabu) kerana kini timbul banyak bukti terhadapnya.”

Namun peguam belanya Ronnie Manek sewaktu mitigasi berkata Cox seorang yang baik dan tidak mendorong remaja itu ke kancah seks.

“Hubungan itu hanya kira-kira enam bulan atau lebih,” katanya.

Ketika wanita itu mengaku di Mahkamah Croydon kelmarin, hakim Nicholas Ainley memberi amaran kepadanya bahawa beliau boleh dikenakan hukuman penjara lebih setahun.

Mahkamah akan menjatuhkan hukuman bulan depan. Cox diikat jamin dengan syarat tidak mengganggu mangsa atau hadir ke sekolah. – TMMO/Agensi/MRM

No comments