Batal Ceramah Dr.Zakir, Netizen Tak Boleh Terima Alasan "Tak Masuk Akal" KPN
FORUM membabitkan pendakwah terkenal, Dr. Zakir Naik di Dewan Besar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang dijadualkan berlangsung Ahad ini dibatalkan atas arahan PDRM, membuatkan segelintir masyarakat Islam mengecam larangan tersebut yang disifatkan tidak masuk akal.
Larangan pembabitan Dr. Zakir diumumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitter beliau, pagi tadi.
“@PDRMsia memutuskan untuk TIDAK membenarkan Forum ini diteruskan demi Ketenteraman Awam dan sensitiviti Agama diMsia,” demikian status yang dimuat naik.
Sebelum ini forum yang dijadualkan berlangsung dengan tajuk Persamaan Antara Hindu Dan Islam itu mendapat tentangan beberapa pihak terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Hindraf.
Ramai netizen meluahkan perasaan marah atas sekatan yang dikenakan PDRM terhadap penceramah agama tersohor dari India itu antaranya Dollah Bawazier yang menulis, “Haha, aku rasa ini akan jadi pengalaman peribadi Dr. Zakir mengenai (masyarakat) majoriti Islam menolak beliau memberi talk (ceramah).”
Talib Karim pula memberi komen, “Cuba panggil Kpop datang Malaysia, siap sambut beratur polis jadi bodyguard, bab ceramah agama Islam ko nak batalkan.
Bugis Tersisih pula berkongsi pendapatnya, “Orang Hindu takut ramai India jadi Muslim, kalau la India, Cina, lain-lain bangsa dan agama jadi saudara seislam, rasa tak ada perbalahan kaum. Aku rasa Zakir Naik hanya membongkar kitab-kitab Hindu tentang Islam. Tak ada istilah merendahkan. Cuma nak beritahu kebenaran yang tersirat dalam kitab Hindu mengenai Islam.”
Pihak polis dilaporkan terpaksa menyekat forum itu demi keselamatan dan sensitiviti agama yang dibimbangi boleh mencetuskan permasalahan serius sekiranya forum Dr. Zakir itu dibenarkan berlangsung. – MYNEWSHUB.CC

No comments
Post a Comment