Terkini

VIDEO : Ini Padahnya Parkir Di tempat OKU, Kan Dah Kena..

RAKAMAN video amatur aksi seorang lelaki ‘menyekolahkan’ pasangan dari Singapura yang memakirkan kenderaan mereka di petak khas bagi golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) mula tersebar di media sosial.

VIDEO : Ini Padahnya Parkir Di tempat OKU, Kan Dah Kena..

Video berdurasi 6 minit 32 saat yang dimuat naik sendiri oleh pelaku di dalam visual, Naren Narasiah, telah menarik perhatian hampir 10,000 pelayar alam maya di mana telah mendapat 7,972 perkongsian.

Dalam kejadian pada 11 April kira-kira jam 6.30 petang itu, Naren dilihat cuba memberikan pengajaran kepada pasangan itu, namun alasan yang diberikan oleh pasangan terbabit menurutnya dianggap seakan ingin melepaskan diri.

“Pada mulanya saya tidak ingin memuat naik, namun saya rasa adalah perlu untuk dipertontonkan kepada umum. Insiden ini membuatkan saya seakan menjadi ‘gangster’ seketika buat pasangan yang berasal dari Singapura, yang memakirkan kenderaan mereka di petak khas untuk golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) ini.

“Pasangan itu cuba berikan pelbagai alasan bodoh untuk melepaskan diri dari saya. Drama bermula apabila saya dengan sengajanya memakirkan kereta saya di belakang kenderaan putih itu agar mereka tidak dapat mengundurkan kereta. Saya tunggu pasangan ini kembali ke kereta mereka selama 45 minit! Lelaki itu kemudian mengundurkan keretanya sehingga melanggar trak saya, menambahkan lagi api kemarahan diri ini,” katanya.


Biarpun keletihan setelah baru pulang dari kerja, dia dan tiga rakannya tetap nekad mahu mengajar pasangan terbabit agar lebih bertanggungjawab.

“Saya mahu mereka rasa apa yang golongan OKU rasakan bila mana hak OKU dirampas begitu sahaja. Jika ada yang merasakan saya terlalu kejam dan zalim dalam video ini, jujurnya saya tak peduli!

“Melainkan anda pernah melakukan sesuatu yang menangani masalah seperti ini, barulah layak untuk beri kritikan. Namun jika setakat wira papan kekunci, elok simpan saja komen yang tidak berguna itu.

“Saya akan terus berjuang demi golongan OKU, di mana suara mereka selama ini tidak didengari atau dipeduli. Saya berharap pasangan ini takkan mengulangi lagi kesilapan yang sama apabila datang ke Malaysia,” katanya.-MYNEWSHUB.CC





No comments