VIDEO : Tak Pasal-pasal Kena Belasah Gara-gara Dituduh Mencuri
KUALA TERENGGANU – Video seorang remaja berusia lingkungan 20-an yang dibelasah teruk akibat dituduh mencuri tanpa usul periksa oleh orang ramai, menerima kritikan netizen di media sosial.
Dalam kejadian pada Sabtu (23 April) itu, remaja terbabit didakwa telah mencuri di Bangunan Blok C flat PPR Hiliran sebelum ditangkap dan dibelasah sekumpulan penduduk hingga mengalami kecederaan.
Selepas diserahkan kepada pihak berkuasa barulah cerita sebenarnya diketahui. Remaja itu dikatakan telah dikejar dan dipukul dari Pasaraya Giant lagi akibat cubaan mencuri iaitu keluar tanpa membayar terlebih dahulu.
Bagaimanapun selepas ditegur oleh kakitangan Giant, remaja tersebut telah membayar harga barang yang diambil.
Masalah mula timbul apabila remaja terbabit keluar membawa barang tanpa plastik, kerana pihak Giant tidak menyediakan plastik barangan pada setiap hari Sabtu kecuali pelanggan bersetuju membayar RM0.20 untuk setiap helai plastik yang diminta.
Keadaan ini menimbulkan salah sangka pelanggan lain yang tidak tahu cerita sebenar. Mereka kemudiannya menegur dan menuduh remaja terbabit sebagai pencuri.
Akibat tidak puas hati, remaja ini telah membalas dan ketika inilah keadaan mula hilang kawalan.
Pelanggan lain turut sama memukul remaja tadi dan ini mendorong dia melarikan diri ke flat PPR bersebelahan dengan pasaraya Giant.
“Mereka tuduh remaja tu mencuri. Dia dah bayar tapi orang ramai tak puas hati dengan penafian remaja tu, mereka belasah dia,” tulis salah seorang netizen yang mengakui, berada di lokasi kejadian.
Inilah akibatnya bertindak terburu-buru dan menilai manusia lain dari segi luaran sahaja.

No comments
Post a Comment