VIDEO : Kucing Tangkap Lentok Tengok Buskers Ni Main Gitar
Kuala Lumpur: "Kalau saya boleh berkomunikasi dalam bahasa haiwan, saya akan tanya pada kucing berkenaan apa yang membuatkannya terpegun dengan persembahan saya.
"Kurang penonton pun tak apalah... sekurangnya-kurangnya kucing itu terhibur dengan persembahan saya.
Itu kata buskers solo, Jasni Mohamad Khairi, 42, yang rakaman video ketika busking di hadapan beberapa kucing selepas selesai persembahan di restoran di Teluk Nipah, Pulau Pangkor menjadi viral di laman Facebook, baru-baru ini.
Rakaman berdurasi 12 saat itu dan mendapat lebih 350,000 'like' memaparkan Jasni sedang menyanyikan beberapa lagu sambil ditonton empat kucing di restoran berkenaan.
"Pada 24 April lalu iaitu pada 10.30 malam, persembahan saya kurang mendapat sambutan daripada orang ramai berbanding hari-hari sebelumnya.
"Selepas selesai persembahan busking di restoran berkenaan saya menyanyi di satu lokasi di restoran itu sebelum tiba-tiba datang empat kucing yang seolah-olah terpegun dengan nyanyian saya.
"Saya menyanyikan lagu nyanyian M Shariff bertajuk ‘Keindahan Pantai’ dan dua lagu lain sambil bermain gitar," katanya.
Katanya yang juga belum pernah berkahwin, ia hanya dilakukan sekadar suka-suka selepas kecewa kerana kurangnya penonton pada malam berkenaan.
"Kucing itu sekurang-kurangnya membuat saya terhibur. Kalau saya boleh berkomunikasi dengannya alangkah bagus," katanya.
Katanya, situasi itu adalah kali pertama berlaku terhadapnya selepas tiga tahun terbabit dalam bidang buskers.
"Saya hayati rakaman itu selepas ia viral di laman sosial dan ia seolah-olah menggambarkan saya sedang berbicara dengan kucing berkenaan.
"Kalau kucing itu mahu sesuatu kebiasaannya ia akan mencakar saya namun keadaannya berbeza dan saya juga tidak pasti sama ada dia meminati nyanyian saya atau ada perkara lain," katanya.
Katanya, keadaan itu berlaku secara spontan dan tidak ada kaitan dengan mahukan publisiti atau sebagainya.
"Tak apalah, walaupun kurang penonton tapi ada yang masih mahu mendengar nyanyian saya," katanya.
Jasni berkata, dia tidak menyangka dan terkejut rakaman video berkenaan yang dimuat naik oleh rakannya menjadi viral.
HMetro
Asyik kucing-kucing tu menikmati petikan gitar Jasni |

No comments
Post a Comment