Patut ka Ustaz Ni Kata Dr.Zakir Cari Publisiti Murahan Islamkan Nina Masa Sesi Ceramah
SEORANG remaja yang memeluk Islam semasa sesi ceramah pendakwah terkenal dari India, Dr. Zakir Naik iaitu Woo Nina Grace dipercayai meluahkan rasa terkilannya di laman Facebook berhubung kenyataan seorang ustaz.
Menurut Nina Grace atau nama Islamnya, Nur Nina Farisha, dia mengagumi semua ustaz, namun kecewa apabila ada seorang ustaz yang cuba menabur fitnah kepada saudara baharu sepertinya dan juga terhadap Dr. Zakir Naik.
“Amat kecewa Ustaz ini cuba menabur fitnah kepada saudara baru seperti Nina serta Dr. Zakir Naik yang telah mengislamkan Nina. Semoga Ustaz itu dibukakan hati dan kembali ke jalan yang benar seperti Nina,” tulisnya.
Kenyataan itu dibuat berikutan tohmahan Ustaz yang dikenali sebagai Abu Syafiq itu mendakwa konon dia sememangnya seorang Muslim dan Dr. Zakir Naik sengaja mencari publisiti murahan.
“Punyalah nak menipu… Orang dah Islam dia pergi kafirkan orang tu supaya orang tu masuk Islam depan dia.
“Alahai… ini dah kira kafirkan orang dah memang beragama Islam. Hanya kerana nak cari publisiti murahan hang kafirkan dia, lepas tu hang suruh dia masuk Islam,” tulisnya.
Sementara itu, tinjuan MYNEWSHUB ke laman Facebook Ustaz Abu Syafiq mendapati status tersebut bagaimanapun telah tiada dipercayai sudah dipadam
Dalam pada itu mengulas isu ini, seorang pendakwah lain yang enggan dikenali menyifatkan insiden tersebut sebagai ‘Standard Ustaz di Malaysia menyebabkan Islam tidak berkembang’.
“Sudahlah dia tidak membantu mengIslamkan ‘not yet Muslim’, dia kafirkan pula orang sana sini.
“Adakah dia berasa dengan cara dungu dan bodoh macam ni akan menarik minat ‘not yet Muslim’ convert to Islam?,” ujarnya. – MYNEWSHUB.CC

No comments
Post a Comment