Terkini

Lelaki Kaki Buluh.."Kasihan Anak Saya Jika Tahu Bapanya Pengemis"

Nunukan: Dilahirkan cacat tanpa kedua belah kaki tidak menjadi halangan bagi seorang lelaki di bandar ini mencari rezeki dengan bekerja sebagai pemandu lori.

Lelaki Kaki Buluh.."Kasihan Anak Saya Jika Tahu Bapanya Pengemis"

Nawir, 29, pada mulanya menyara keluarga dengan mengemis, tetapi bertekad mengubah kehidupannya selepas ditanya pekerjaannya oleh anaknya yang berusia empat tahun.

“Kasihan anak saya jika dia tahu pekerjaan bapanya adalah pengemis,” katanya.

Menurutnya, sejak itu dia mula mencari pekerjaan sebelum rakannya menawarkan dia menjadi pemandu lori pikap untuk membawa barangan.

“Hasil daripada sedikit wang simpanan saya membayar duit muka untuk membeli lori pikap secara ansuran dengan bank.


Hmetro

No comments