Terkini

Penduduk di Tengkera Dakwa Diganggu Pocong, Pontianak Sejak 3 Minggu Lalu

Melaka - Penduduk di Kampung Lapan, Tengkera kini dihantui dengan jelmaan-jelman makhluk halus yang mula muncul kira-kira tiga minggu yang lalu.

Penduduk di Tengkera Dakwa Diganggu Pocong, Pontianak Sejak 3 Minggu Lalu
GAMBAR jelmaan makhluk halus di atas pokok pisang.

Harian Metro melaporkan, penduduk mendakwa pernah terserempak dengan jelmaan pontianak, pocong dan juga toyol.

Pelbagai gangguan yang dialami penduduk antaranya terlihat jelmaan pontianak melayang melewati pokok pisang dan kanak-kanak telanjang bulat yang dipercayai toyol berjalan di celah-celah semak pada waktu maam.

Seorang penduduk, Abdul Halim Abdullah, 39, berkata gangguan makhluk halus itu menyebabkan penduduk risau untuk keluar rumah pada waktu malam, sekaligus menjadikan kampung itu sunyi sepi.

“Sebelum ini, saya boleh lihat kanak-kanak bermain walaupun hampir jam 6 petang, tetapi kini ibu bapa mengarahkan anak masing-masing pulang awal dan menutup tingkap rumah seawal jam 7 petang kerana risau diganggu hantu.

“Kehadiran makhluk terbabit turut menyebabkan kanak-kanak takut untuk ke kelas mengaji al-Quran atau tuisyen pada waktu malam,” katanya ketika ditemui, semalam.

Tambah Abdul Halim juga, diperingkat awal kemunculan pontianak dan pocong itu, beberapa penduduk mendakwa pernah terserempak dengan makhluk itu namun dakwaan terbabit tidak dipercayai malah ada yang menganggap ia hanya perbuatan pihak-pihak tertentu yang mahu menakut-nakutkan penduduk.

“Penduduk sepakat melakukan rondaan pada waktu malam dengan lokasi tumpuan membabitkan jalan masuk dan keluar utama di kampung itu.

“Sejak rondaan dijalankan, semakin ramai penduduk mendakwa terserempak dengan makhluk terbabit dan terkini, kanak-kanak bertelanjang bulat berjalan di tengah malam. Kejadian itu juga semakin kerap berlaku,” katanya.

Bercerita lanjut, Abdul Halim berkata seorang buruh Indonesia mendakwa pernah melihat pocong memasuki kampung dan meminta penduduk memanggil pakar perubatan Islam.

Penduduk di Tengkera Dakwa Diganggu Pocong, Pontianak Sejak 3 Minggu Lalu

“Seorang lelaki berusia 63 tahun trauma hampir dua minggu selepas mendakwa makhluk menjelma sebagai kanak-kanak tidur di sebelahnya di katil selain wanita berusia 52 tahun dikejutkan dengan hilaian puntianak di dalam rumahnya,” katanya.

Sementara itu, ibu mentua Abdul Halim berkata minggu lalu pontianak mengganggu rumahnya ketika anak baongsunya pulang setelah selesai urusan di luar.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, anaknya berkata terdengar enjin motosikal berkuasa tinggi sebelum bunyi itu hilang begitu saja.

“Apabila anak masuk ke rumah, dia terdengar seperti orang berbisik di tingkap bilik saya. Tidak lama kemudian, cucu saya merayau hampir sejam menyebabkan kami sekeluarga berjaga hingga pagi,” katanya.

Menurut Fatimah, dalam kejadian terbaru kelmarin, cucunya, Muhammad Wan Rafeeq Nur Haiqal Wan, 4, ternampak makhluk terbabit di pekarangan rumah jiran mereka.

“Ketika itu masih awal dan Muhammad Wan Rafeeq tiba-tiba tunduk dan beritahu ‘ada momok (hantu), panggil polis tangkap momok’. Ia menyebabkan kami cemas dengan gelagatnya,” katanya.

No comments