Bank Negara Malaysia Keluar Surat Kompaun Kepada 1MDB
KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia hari ini mengeluarkan satu surat kompaun pentadbiran kepad 1MDB berikutan gagal mematuhi sepenuhnya arahan yang dikeluarkan mengikut Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.
Ini termasuk mengkehendaki 1MDB menghantar balik wang yang dikirim ke luar negara berikutan pembatalan tiga kelulusan yang diberikah oleh BNM kepada 1MDB masing-masing pada 2009, 2010 dan 2011, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Selain itu bank tersebut juga berkata 1MDB gagal mengemukakan bukti dan dokumen yang ditetapkan oleh BNM untuknya memberi alasan yang kukuh berhubung ketiadaupayaan bagi mematuhi sepenuhnya arahan penghantaran balik itu.
1MDB diberi tempoh sehingga 30 Mei untuk membayar kompaun terbabit.
Pembayaran kompaun itu menandakan tamat siasatan BNM berikutan ketidakpatuhan 1MDB terhadap peraturan dan pengawalan BNM, lapor Bernama.
Bank Negara Malaysia Keluar Surat Kompaun Kepada 1MDB |

No comments
Post a Comment