Terkini

VIDEO : Hebat Nenek Ni, Diusia 70 Tahun Boleh Menari Tarian Tiang

SEORANG warga emas berusia 70 tahun, Tomoko mengejutkan juri program realiti Italia’s Got Talent dengan bakat menari tiang yang dimilikinya, baru-baru ini.

VIDEO : Hebat Nenek Ni, Diusia 70 Tahun Boleh Menari Tarian Tiang

Menerusi rancangan terbabit, Tomoko yang berasal dari Jepun, pada mulanya muncul dengan memakai pakaian rasmi wanita Jepun, kimono berwarna merah dan putih.

Dia yang sudah 43 tahun menetap di Itali serta fasih berbahasa Itali kemudiannya bercerita mengenai minatnya dalam bidang nyanyian opera namun disebabkan usianya yang sudah lanjut, Tomoko memikirkan alternatif lain bagi meng’wow’kan juri dan penonton program tersebut.

Melucutkan kimono, Tomoko terus mempersembahkan tarian tiang yang kebiasaannya dikaitkan sebagai tarian sensual yang sering dilakukan penari profesional.

Melihatkan persembahannya itu, ada juri seakan tidak percaya dengan kebolehan Tomoko sehingga ada yang mulut terlopong kagum melihat bakat yang ada dalam diri seorang nenek itu.


Salah seorang juri, Luciana Littizetto kemudiannya secara berseloroh berkata, “mana pergi penyakit tulang belakang (yang sering kali dikaitkan dengan orang tua)”.

“Anda mempunyai badan yang sangat cantik, kami percaya bila orang tu dah tua dia sepatutnya tidak manis untuk mendedahkannya lagi, tapi kamu mempunyai badan yang cantik, penuh harmoni,” kata Luciana.

Sehingga kini, video yang muat dimuat naik sejak 30 Mac itu sudah meraih tontonan lebih daripada sejuta kali. MNH.

No comments