Nenek Yang Uzur Merangkak Minta Tolong Selepas Dikelar Pekerja Sendiri
DUNGUN - Tidak berperikemanusiaan apabila seorang lelaki diberikan pekerjaan dan dilayan dengan baik sanggup mengelar leher majikannya yang juga seorang warga emas dalam satu kejadian, di Alor Tembesu, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi, mangsa yang berusia 86 tahun parah apabila dikelar oleh seorang lelaki dikenali dipercayai cuba melakukan perbuatan jenayah ke atas mangsa.
Salah seorang anak mangsa yang enggan dikenali berkata, dia amat terkilan dan sedih dengan kejadian menimpa ibunya, malah lelaki itu adalah salah seorang pekerja paling rapat dengan ibunya.
Menurutnya, paling menyedihkan apabila ibunya yang sudah uzur terpaksa merangkak keluar rumah untuk meminta bantuan jiran selepas insiden malang itu.
"Lelaki itu adalah pekerja yang sedang membuat kerja penambahbaikan rumah ibu saya dan memang paling rapat dengannya.
"Ibu saya melayannya dengan sangat baik dan kami memang mengambil pekerja tempatan memandangkan ingin membantu orang kita serta tidak mahu menggaji warga asing.
"Tetapi kebaikan yang diberikan dikhianati, malah ibu saya pula dianiaya sebegitu rupa. Bukan sahaja lehernya dikelar tetapi ditumbuk sehingga lebam di mata dan muka serta terdapat keretakan di bahunya.
"Selepas dikelar ibu saya menggagahkan diri merangkak keluar ke rumah jiran untuk meminta bantuan," katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superitendan Ahmad Zailani Yaacob ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan suspek kes berkenaan sudah ditangkap.
"Berdasarkan laporan polis yang dibuat anak mangsa, suspek yang juga berasal dari Dungun telah ditangkap iaitu beberapa jam selepas insiden itu.
"Hasil pemeriksaan air kencing juga mendapati suspek positif dadah dan ditahan di bawah seksyen 3(1) Akata Penagihah Dadah 1983.
"Kes ini juga disiasat di bawah sekayen 326 kerana mendatangkan kecederaan kepada mangsa.
"Bagaimanapun kita masih menunggu masa sesuai untuk menyoal siasat mangsa bagi mendapatkan keterangan sebenar tentang kejadian yang berlaku," katanya.
SinarHarian
Mangsa kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil |

No comments
Post a Comment